28 Mac 2010

Asam Pedas



Di musim kegetiran peperiksaan ni..selera saya terlalu merindukan asam pedas ibu saya. lama benar tidak merasa, sehinggakan dua hari berturut2 saya menjadikan asam pedas 'kedai' pilihan menu tengahari saya. Dan kesannya saya mengalami kesakitan perut sepanjang malam sehinggalah ketengahari peperiksaan saya hari ini, apa lg study 'ketiduran' la saya akibat tidak tertahan menusuk2 dan mengasak2 perut saya, dalam hati bermadah bahawa saya perlu mengurangkan pengambilan makanan yang pedas lagi bercili (adey...boleh/tak?). terima kasih to cik lala sebab suruh saya makan sebelum ke dewan periksa =D. Tambah bersemangat melangkah kedewan periksa (ngeh3 kali ni saya puji tau!!)..walau hati gundah, takut2 formula yang hanya sempat dibelek2 tidak dihafal, keluar pula didalam soalan dan bertambah berpeluh jika perut ini merintih2 kesakitan ketika didlam dewan. Tapi alhamdulillah, tidak juga kelihatan bayangan soalan formula yang tidak dihafal itu dan Allah menahan perut saya dari terus bergelutan semasa menjawab soklan peperiksaan. Terima kasih Ya Allah =D

Galaknya asam pedas, tiap kali saya menelefon ibu, pasti menu pilihan masakan menjadi soalan utama perbualan. dan apabila "ASAM PEDAS" yang dibicarakan pasti saya rasa mahu pulang saat itu juga. Namun apakan daya rumah saya 'tersangat jauh' lagikan mahu menempah tiket dan pelbagai. ibu saya selalu pesan, "apa lagi masaklah.." uuuu...tersangat besar harapan ibu saya utk saya mencuba memasak asam pedas sehebat ibu. tapi tak per, saya cuba juga utk menjadikan harapan ibunda tercinta menjadi kenyataan..Ok jom masak after presentation!!!
  1. ayam masak asam pedas
  2. spaghetti
  3. popia goreng
  4. .....

jadinya.. semasa musim2 peperiksaan ini (walapun ada yg da habs, takper2 akan datang), marilah sama2 kita menjaga kesihatan dan pemakanan, jangan jadikan ia sebagai asbab utk kita tidak dapat fokus belajar mahupun ketika menjawab soalan peperiksaan.

Rasullullah S.A.W bersabda dari Abu Hurairau r.a :

“Sesungguhnya Allah baik, tidak menerima kecuali hal-hal yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mu’min sebagaimana yang diperintahkan kepada para rasul, Allah berfirman : “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.


27 Mac 2010

GST *Untung/Rugi*

Apa yang anda tahu tentang isu GST??

bilamana sahabat serumah bertanya, apa ya isu semasa negara sekarang? (terus bertanya kerana mahu membuat persediaan 'interview' pada minggu hadapan, sedangkan berbicara hal serius jarang sekali antara kami =D). saya terus teringat mengenai isu GST yang saya dengar kira2 sebulan yang lepas..

Semasa saya menghadiri kuliah subuh di Surau An-Nur yang disampaikan oleh penceramah jemputan senator Mumtaz Mohd Nawi. Beliau ada mengatakan tentang isu GST ini, beliau menyatakan betapa perlunya kita memandang isu ini sebagai yg BERAT ! beliau memohon utk kita war2kan mengenai GST ini kerana saya yakin ramai juga masih kosong tentang isu ini. Saya juga begitu pada kali pertama mendengarnya, seolah2 saya harus utk memasukkan minda engineering ke arah minda ahli ekonomi galaknya. saya fikir apakah tersirat disebalik isu Goods & Services Tax (GST) ini, adakah ia satu agenda membawa kepada keuntungan ataupun kearah kerugian kepada negara mahupun rakyat khususnya. bagaimana rakyat mahu bersiap sedia menghadapinya?


~SENATOR MUMTAZ~

saya sertakan serba ringkas drp blog sahabat saya http://palestinhood.blogspot.com/2010/03/gst-untung-rugi.html mengenai apakah GST ini sebenarnya :


1) Dikenali sebagai cukai kepenggunaan yg mempunyai asas yg luas. Ini bermakna semua warganegara terlibat atas dasar semua warganegara adalah pengguna.

2) Cukai ini adalah biased terhadap pengguna berbanding pengeluar yg memiliki modal dan kekayaan. Atas dasar inilah juga cukai ini dilihat lebih berbentuk regresif dan tidak progresif. - cukai progresif: semakin tinggi pendapatan individu, semakin tinggi kadar cukainya.
- cukai regresif: secara puratanya rakyat miskin memikul beban cukai yg lebih berat berbanding mereka yg kaya.

3) GST juga dikenakan ke atas barangan keperluan asasi seperti beras, air, elektrik dan sebagainya. In bermakna kelompok masyarakat yg miskin dikenakan cukai GST kerana mereka adalah pengguna barangan tersebut (GST mengenakan cukai kepada barangan asas). Tiada sebarang pengecualian cukai GST walaupun untuk golongan yg berpendapatan rendah.

4) Berdasarkan pengalaman Australia, kesan segera dari pelaksanaan GST ialah meningkatnya harga hartanah khususnya rumah sebanyak 8%.

5) Berdasarkan pengalaman Singapura, GST diperkenalkan untuk melebarkan asas cukai disebabkan peratusan mereka yg tua makin meningkat, sekaligus mereka tidal lagi produktif. Apakah peratusan mereka yg tua juga meningkat di Malaysia? Sudah semestinya ia tidak setinggi di Singapura. - Tujuan Singapura perkenalkan: Rakyat tidak akan berbelanja sekaligus menyimpan dan simpanan yg tinggi boleh digunakan utk tujuan pelaburan. Rakyat akan mendisiplinkan diri mereka utk tidak berbelanja secara berlebihan. - Saranan ini bercanggah dgn asas dan falsafah kapitalisme itu sendiri yg bergerak diatas prinsip permintaan (terhadap barangan dan perkhidmatan) dan penawaran.

6) Juga dikenali sebagai cukai tidak langsung (indirect tax)... Ini juga bermakna rakyat dikenakan cukai dari pelbagai sudut tanpa disedari yangmana akan menyebabkan kesejahteraan rakyat akan terhakis.

7) GST = 'Reformasi' cukai yang secara sistematis dan exhaustif (mennyeluruh) menghapuskan elemen subsidi. Sudah dimulai dengan petrol dan gula.

8) GST = Sekiranya dilaksanakan dalam keadaan pertumbuhan ekonomi kurang dari 5% setahun, kesannya amat parah dan bersifat struktural.

itu lah serba sedikit info mengenai GST, sahabat2 boleh menyusul mencari apakah GST yg sebenarnya.


*dan saya mula terfikir, saya bukanlah ahli 'engineering' jika saya tidak mahu ambil tahu tentang hal2 ahli yang lain* =D


26 Mac 2010

Itu ketentuaannya

update juga lah ! =D

Alhamdulillah...
dengan ketentuannya, saya sampai juga ke Pesta Buku Antarabangsa 2010.
pada malamnya merancang bersama adik usrah [w/pun bukan lg (T_T) ](cik Nadia Anuar) hendak kesana,namun disebabkan panggilan kekelas lebih utama maka saya menyusur seorang diri, nekad pabila satu pesanan diterima : (lebih kurang seperti dibawah)

lala: eh ada inteam dgn unic la =D (saya baca dengan nada riak dr si penghntr)
jaja: wa2..bikin cemburu saya ni =p
lala: ea sori2..lambat reply..baru lepas jawap quiz dari inteam
jaja: eh..beria2 ni..bukan kata nk pulang ke kg ke? huhu (hati saya bermonolog)

sejurus berjumpa memohon restu dan bertanyakan soalan dari pensyarah kesayangan.. terus mengatur langkah utk kesana. walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan 4pm, awan juga siap sedia mahu menarak saya dengan warna langit serba kelabu kehitaman. tanpa masa ditunggu saya tekad menelefon adik syaza minta pertolongannya menghantar saya ke ktm serdang.

sampai disana..hujan disertakan ribut dan angin sudah siap sedia menanti saya..
hati bermonolog "yaAllah sempat ke mahu pulang sebelum jam 8pm?, hajat hati mahu ke surau mendengar ceramah ustaz Hasrizal"..lama juga saya menanti keredaan si hujan beraksi. dalam keadaan menunggu itu, Allah temukan saya peneman bersama ke pesta buku, adik2 dari KPTM, alhamdulillah tak keseorangn juga hari ini =D. Saya seeenyum lebar. terima yaAllah.

saya membenarkan kata2 orang emas : "sediakan payung sebelum hujan" " jangan disangka panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari"

banyak yg saya pelajari hari ini, bukan sahaja pengalaman tidak menyediakan payung dan saya kebasahan sambil membeli, mencari dan membelek buku, namun juga satu ikhtibar kehidupan bahawa takdir dan ketentuaan Allah utk kita bertemu dengan pelbagai ragam dan rencam manusia saban hari dengan berbagai aksi dan cerita. tanpa kita duga..kita akan memasukkan orang2 yg tidak kita kenali ini kedalam kamus esklopidea kehidupan kita walaupun tidak sampai beberapa jam pun. pernah rasa tak?? =D. dan saat itu baru kita sedar bahawa indahnya kehidupan ini kerana Allah, dan ketika itu jua kita akan rasa sangat bersyukur dengan apa yg Allah telah kurniakan buat kita iaitu perbezaan kehidupan diantara kita dan mereka. Tapi bukan pula dengan perbezaan itu perlu utk kita merasa gah dan bangga, namun seharusnya kita ambil ia sebagai satu ikhtibar, pengajaran jua pengalaman buat diri kita, selaku salah satu epilog penjalan cerita ekologi dunia yg sementara ini..
kerna hnya DIA tahu segala2nya..kerna DIA lah yang menentukan segalanya..kerna kita hanyalah hamba..

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).


*salah sebuah buku yang dibeli =D*

24 Mac 2010

Saya pasti rindu

Lama sudah tak update laman sesawang ni =D
Add Image
lepas habis satu paper hari ni..terus tiba2 rindu nk menaip disesawang ni wee~

saya pasti rindu~

alhamdulillah...akhirnya saat2 menanti di penghujung pengajian diUniten kini sudah hampir tiba, loceng2 reminder sibuk berbunyi, peringatkan tentang project2 terakhir, final year project, thesis, plan perancangan kehidupan dan juga pencarian kerja semakin rancak mengatur masa utk terus berbunyi. Namun penangan final exam yg terakhir ini,membuat diri mensnooze sebentar reminder2 tersebut, meskipun kelantangan bunyinya membuatkan hati ini gundah gulana.



saya pasti rindu~

mengatur masa utk menghadapi saat2 terakhir ini, terasa cukup menakutkan. Dalam hati men'pu22le-2' =D apakah langkah diri seterusnya? pergi kemanakah pule? arah mana? mampu istiqamah atau tidak? wa..bila masuk persoalan istiqamah atau tidak, hati rasa seperti tikus. takut tak mampu utk meneruskan langkah perjuangan dimedan yang lebih mencabar kelak. namun kekuatan terus digali agar terus berada dilandasan berlorongkan ISTIQAMAH amin...

jika teringatkan akan ketidakcukupan waktu2 terakhir didunia ini, bagaimana pula nanti ketidakcukupan waktu diri utk menghadapi sakaratulmaut mahupun hari KIAMAT nnti. pasti seperti kalakatu yg berterbangan mencari2 arah. namun tahukah kearah mana kita nanti? pasti juga bekalan ibadah yg akan menjadi penunjuk kejalan mana harus kita tempuh. Berlorongkan jalan yg lurus ataupun berlorongkan jalan yg penuh liku.

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Rabbku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(al-A’raf [7]:187)

saya mahu menghisab dan muhasabah diri. adakah selama saya bergelar hamba Allah ini juga berplatformkan pelajar islam ini, telah membantu diri juga sahabat2 semakhluk memacu diri kearah kebenaran bertunjangkan al-quran dan sunnah? subhanaAllah terlalu kecil nilainya jika hendak dikira dengan software Optisystem yg saya guna utk project saya juga terlalu hama utk dikira disisi Allah s.w.t. hati takut utk berhadapan denganNYA. tapi harus sentiasa bersedia kerna saya dan kamu juga tidak tahu bilakah masanya. itu lah penangan janji masa dan ibadah kita


saya pasti rindu~

Mengumpul Kekuatan


"Dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir"
//Yusuf: 87//

"Ketahuilah bahawa kemenangan akan datang setelah kesabaran. Kelapangan akan datang setelah kesusahan dan setelah kesusahan pasti ada kemudahan"
//HR. Ahmad//

Nasyid.fm