16 Ogos 2009

CONVOCATION

Sekalung tahniah saya ucapkan buat sahabat2 yang telah berjaya mengharungi tuntutan pengajian di UNITEN. Alhamdulillah kalian kini sudah bergelar graduan UNITEN sudah. sedar atau tidak selama mana kesusahan yang dilaburkan kini menampakkan hasilnya. Seronok melihat sahabat sebatch gembira mengengam segulung ijazah yg diidam2 kan selama ni.. InsyaAllah masa saya dan sahabat2 yang lain akan menyusul biarpun saat dan ketika menyarung jubah dan menerima ijazah didewan yang sama namun berbeda masanya. Doa kami agar kehidupan baru yang bakal dilalui kalian bergelar Graduan Berijazah Lulusan Universiti yang menjana Profesional, akan mara maju dan berjaya dalam bidang2 yg kalian usahakan selama ini insyaAllah.

TAHNIAH buat :

  • Kak Ziera, Kak Zura, Kak Ada, Kak Ayu, A. Fakrul Radzi & A.Megat
  • Yati Ramli, Yati Borhan, Karimah, Kak Lidya, Aimi, Zurita, Aishah, Yusra
  • sahabat-sahabat sebatch yg lain
*Dgr citer dapat duit lebihan dari Uniten yer? ape lagi saya tunggu jemputan makan2 kenduri yer? heee*



Salam Syaaban

alhamdulillah..




"SELAMAT HARI KELAHIRAN" Buat sahabat, kakak & adik- kelahiran Syaaban|Ogos :

Kak Laili : 6/8
Kak Fatin : 14/8
Rina : 15/8
Siti Nurliyana : 19/8
my cousine-Suhada : 20/8
Kak Afzan : 24/8
Hariz : 25/8
Raja Hamzah : 25/8

*maaf jika ada yg tidak tersenarai*

  • semoga sentiasa diberkati dan dirahmati olehNYA
  • sentiasa dilimpahkan rezeki dan keampunan dariNYA
  • disayangi dan dikasihi oleh Allah
  • dipermudahkan segala urusan diduniawi sebagai bekalan diukhrawi
  • all d best & seeenyum sokmo !!

sesungguhnya perhitungan nikmat kehidupan kita didunia ini begitu cepat berlalu
kadang kala tidak sedar dek kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia kita
kadang kala sedar namun dalam keadaan tiada kesedaran
yang pentingnya, kita tidak mampu utk mengembalikan masa lampau kita
cuma hanya mampu mengimbau dan mengenang masa lampau kita
jadi syukuri nikmat singkat perjalanan kehidupan kita ini dengan bekalan yang mencukupi buat kita menghadap PENCIPTA kita nnti =D


01 Ogos 2009

Syukran =D

Assalammualaikum...

alhamdulillah..selesai jua minggu ini. minggu yg saya kira cukup mencabar mentaliti mahupun fizikal lahiriah seorang manusia bergelar mahasiswa =D. minggu dibuka dengan tirai program 1st Gathering SG. keterlibatan secara tidak langsung, yg pada asalnya hanya mahu memantau gerak kerja bertukar kepada ajk pelaksana biro program. Alhamdulillah.. dapat jua mengumpul secebis pengalaman disaat sisa2 kehidupan dikampus. Dengan kerjasama Lajnah Kebajikan PPI serta Unit Nuqaba' alhamdulillah dengan izinNya program berjalan dengan lancar mencecah target yg disasarkan. saya sungguh teruja dengan gerak kerja adik2 yg sungguh dedikasi walaupun pelbagai masalah yg timbul dan juga kesempitan masa yg melanda segalanya dihadapi dgn segla bentuk penyelesaian. TAHNIAH ! buat adik2 : jihad, atiqah, azham, nabilah, baihaqi, zaidah, hatikah, faris izzat. seronok berkerja dengan kalian semua. membuktikan quantiti pengerak kerja tidak menghalang utk mendapatkan qualiti yg berquantiti.

seusai 1st gath, tugasan seterusnya : PROPOSAL FYP I & MALAM ANUGERAH SG.
kedua2 tugasan perlu dilaksanakan pada hari yg sama 31 Julai. targetnya sepanjang minggu itu, disiang hari saya hbskan masa2 lekang dengan menyelesaikan proposal manakala malamnya MASG. namun manusia hanya mampu merancang dan hanya DIAlah yg menentu dan menetapkan segala2nya biar cantik mana pun perancangan manusia itu. namun kita perlu redha dan yakin bahawa setiap yg berlaku itu ada hikmah yg cukup manis buat kita kelak insyaAllah..

nk dipendekkan ulasan, sepanjang minggu sebelum tibanya MASG, kami didatangi pelbagai permasalahan yg membawa kepada pelbagai penyelesaian..alhamdulillah Allah kurniakan tenaga pengerak yg mampu membuat pelbagai resolusi dengan setiap permasalahan yg timbul. walau apa pun yg berlaku..program ini tetap perlu berlangsung. itu nekad kami =D. saya mengiyakan kerna mungkin itu program terakhir tampuk pimpinan kami didalam CSG sndri setelah lama penangguhannya ditambah dengan tiada masa yg bersesuaian jika ia terus ditangguhkan. bermula dengan persoalan tempat program yg bakal dijalankan, kehadiran peserta yg bakal hadir seterusnya kepada "kehilangan" kerusi disaat2 akhir membawa kepada pertukaran tempat program dan tema program secara automatiknya.
akhirnya kata putus diambil COIT menjd pilihan program. pelbagai benda perlukan pertukaran disaat2 akhir, diperhitungkan tidak sampai 48 jam mahu merombak pelbagai perancangan terutama dari segi promosi pertukaran tmpt program yg sekaligus memberi kesan terhdap kehadiran. Dalam hati saya, mula rase gelisah, tapi melihat semangat sahabat2 bekerja akhirnya saya akur, bahawa jgn mudah mengalah selagi belum tiba masanya. *S E N Y U M*

Disaat hati gelish memikirkan tntg MASG, rupanya saya terlupa menghntr draft proposal kpd supervisor En. Fairuz yg sepatutnya dihntr 2 hari sebelum penghntran ke pihak admin COE. Akhirnya, saya menghntr melalui email t/hari jumaat. Secra confidentnya saya menekan button send, ttp setelah jam 2 pm sebelum menghntr ke BN COE, baru saya sedar yg file tidak diattachkan sekali. dan mungkin Allah ingin menduga saya ketika itu, document proposal yg ditype selama seminggu telah corupt secara tiba2 dan secara automatiknya tidak bule dibuka. Ya Allah..perasaan ketika itu? hanya Allah yg tahu, akhirnya saya menitiskan air mata kesal disebabkan tiada backup document sedangkan tugasan di MASG utk saya masih byk belum selesai. Lama saya termenung memikirkan apa harus saya lakukan. akhirnya meminta bantuan sahabat2 serumah...tiada penyelesaian. akhirnya, keputusan utk menaip semula apa yg masih berbaki didalam ingatan dgn rujukan proposal dari sahabat2. Alhamdulillah, jam 4.30pm selamat dihntar ke BN COE =D.

seterusnya, tugasan MASG...mujur ada sahabat2 serumah yg masih sudi membantu : credit to rozita,fiza n safiah =D.

Malam itu, setelah sampai ketempat program baru saya dimaklumkan tiada VVIP yg dapat hadir. tapi tak per..alhmdulillah program berjalan seperti yg dirancang walaupun terdapt sedikit perubahan. majlis tamat jam 9.45pm. walaupun sasaran peserta tidak seperti yg dirancang, namun saya lega melihat senyuman dari setiap orang yg hadir. Alhamdulillah.

Buat chot : malam tu akk nmpk awk senyum je. gembira ye dapat duduk depan? hehe
Buat Azrie : cool je. pemerhati dan memerhati flow program. thnx juge
Buat semua yg terlibat : Credit utk anda semua. Terima kasih byk2 =D. Jasa dan segala yg dikorbankan amat2 dihargai.

* kdg2 kita terlupa sesuatu yg kita sering ingat*
-bahawa Allah sentiasa ada utk kita disaat kita susah mahupun senang
-Janji Allah bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangannya
-Kuasa manusia mmg sush hendak diduga,namun Kuasa Allah pasti!! bg mereka yg menzalimi kuasa yg diberi.

waallahualam..

Nasyid.fm