20 Ogos 2010

Owh!!! Ramadhan sudah?

Alhamdulillah diatas segala nikmat dan hamparan yang telah DIA kurniakan. Terlalu banyak sehinggakan tidak terkira dan tidak terhitungkan.

"Hari ini saya masih dikurniakan kasih sayang mak dan abah"
" Hari ini saya masih dikurniakan kasih sayang abang dan adik"
"Hari ini saya masih dikurniakan kasih sayang sahabat-sahabat"
"Hari ini saya masih dikurniakan kasih sayang guru-guru"
"Hari ini saya masih dikurniakan kasih sayang masyarakat sekeliling"
dan juga
"Hari ini saya masih dikurniakan kasih sayang Yang Maha Esa"

"Terima Kasih Ya Allah"

Cukup besar sebenarnya nikmat kasih sayang yang perlu dikatakan dan diperhitungkan. Itu tanda kasih sayangNya buat kita. Dan sekarang nikmat kasih sayang Allah yang terbesar adalah dengan menghadiahkan buat kita satu bulan rahmat penuh barakah..bulan Ramadhan kareem..
Buat sahabat-sahabat sebumi..selamat meneruskan perjuangan iman dan ketakwaan keranaNya. InsyaAllah..

Ramadhan hadir penuh kesyukuran
Dirai dengan niat jihad perjuangan
Mari sahabat-sahabat kita gemukkan iman
2 in 1 kita kuruskan badan


"Wahai orang-orang yg beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, iaitu bbrp hari tertentu. Maka barang siapa diantara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
~al-baqarah : 183-184~


"ok ramadhan kali ni akk kene bayar zakat sendiri da" ibunda
"oo.. ye ke (^o^) bling..bling?"anaknda

pusat zakat? atau tok imam je? atau online?
!!!jom teman saya bayar zakat!!!

Nikmat kasih sayang dari Allah melalui sahabat-sahabat saya dibawah =D









Nasyid.fm