28 Mei 2009

A Message to OUR Muslimah

Assalammualaikum...

tertarik dengan klip video ni..
bagaimana menjawab persoalan isu hijab ini..sama2 hayati :





some will say : hijab is actually not a beauty..and not updated fashion??
our prophet s.a.w said :hijab is to control or protect the beauty and holiness within a women..

and i will say
:"HIJAB IS BEUTY"..please wear Hijab =)

promote this video.
tell others Muslimah to wear hijab.
the World is coming an end.
Akhirat is not far anymore.
Muslims should aware about this.

*for Muslim women is compulsory to wear hijab


~ehsan dari Bro Muawidz : http://rapsodeeperjuangan.blogspot.com

27 Mei 2009

P I L I H A N




selawat dan salam keatas nabi junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta para sahabt baginda..

alhamdulilah.. semoga hari2 yg dilalui ini..sntiasa dilihat dan diberkati olehNYA..

***************************************************************************************
isnin lepas 25/5 msg jemputan utk menjadi urusetia program hujung minggu ni menjengah ke telefon..(dalam fikiran berkire2 juga mahu kemana) em..
dua2 program gerak kerja luar kampus :
1) fasi utk program motivasi di sekolah teknikbukit piatu melaka
2) urusetia biro utk program Treasure Hunt Teen Circle/Usrah Remaja anjuran NISA' Serdang

dua2 menarik..jika ke program sekolah lama..pasti dapat jumpe kawan2 n dalam masa yg same leh motivasi diri ni jugak..lame sudah tidak dimotivasikn huhu..=p
jika ke program Nisa' pula..dapat jugk explore gerak kerja NISA'..bagaimana golongan muslimat bekerja tanpa muslimin..hehe..(teringin juga nk tubuh 1 kelab muslimat tanpa muslimin..em tapi boleh ke (^_^)?? )

em..fikir punya fikir..dan keputusan masih belum dicapai..bakal diketahui esok lusa..
mungkin sahabat2 bule tlg pilih hendak kemana yer? n(^o^)n

**************************************************************************************
hati berkata...jarang benar kamu berprogram dimelaka..is ni orang melaka ke orang selangor??..huhu..sampai ditegur sahabat dimelaka "nti ni jarang turun sejak masuk uniten ye.. x nk tlg kami kat sini ke?" huhu..menikam kalbu sungguh persoalan tu..tapi takpe..ana ader reason knp ana suke bergerak disini..tapi risau juga melihat keadaan orang2 melaka sekarang ni is2.. xperla mungkin 1 hari nnti ana akn betul2 fokus disana pula insyaAllah (em bilala ye?still menanti hehe).




*kdg2 kite perlu berfikir yg terbaik utk diri kita sendiri..dan kadang kala pula kita mesti utk memikirkan yang terbaik utk org lain demi ISLAM yg kita anuti dn kita percayai*
~selami maksud perngorbanan kita utk gerak kerja islami ini =D~


25 Mei 2009

Santapan Rohani

Alhamdulillah..
nikmat islam, iman dan amal yang Allah kurniakan hari ini penuh sujud kesyukuran. semoga hati sentiasa terbuka utk sentiasa menerima hidayah dan meneruskan ikatan istaqamah dalam diri insyaAllah..
selawat dan salam juga buat Nabi yang dirindui dan dicintai..Nabi Muhammad s.a.w.
Dah beberapa hari tidak ada post barangkali..meninggalkan utk melaksanakan sesi rumusan sepanjang hujung minggu ini..
alhamdulilah rumusannya :
*jumaat : usrah muslimat
*sabtu : brainstorm CSG
*ahad : kuliah pengisian surau An-Nur
-------------------------------------------------------------------------------------------------

*JUMAAT : USRAH MUSLIMAT
- dimulakan dengan solat isya' berjemaah
- slot usrah :
1)ta'aruf "Rapat2"
2)tazkirah : hani
  • bagaimana menggunakan term "sahabat"
  • buruknya sifap sombong - surah al-Nahl : 23 :- "Tidak diragukan lagi bahawa mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang sombong"
  • dilinkkan sifat sombong ini dengan klip video Kesan Kejatuhan Empayar Uthamaniah, yg mana berkisarkan tentang kejahatan puak kafir menentang, menyeksakan dan menjatuhkan sistem khilafah serta umat islam.

3)Risalah Ta'alim : Jaja

  • review kembali berkenaan rukun baiah:
  • a)faham, b)ikhlas, c)amal, d)jihad, e)pengorbanan, f)taat, g)thabat, h)tajarud, i)ukhuwah, j) thiqah

4)pengenalan organisasi : dayah, hani , jaja

5)klip video program2 muslimat : jaja

-supper : (hehe roti cecah sardin je la ye..) *credit to fairuz as biro makanan =D

-Qiyam berjemaah

-solat subuh & mathurat

-sarapan : (nasi lemak =p)

~alhamdulilah selesai jua..walaupun tiada naqibah namun kerinduaan utk berusrah terubat jua =D~

*credit utk adik2 syg : EMA, FAIRUZ, HAJAR, HANI, HANIS, SOLEHA & KAK DAYAH =D*

*SABTU : BRAINSTORM PROGRAM CSG

-unformal bersama Ema

-perbincangn & perancangan Malam Apresiasi

-report program & kewangan

-paperwork CSG SEM 1 09/10

~wa banyaknya keje (T_T)..ada volenteer nk tlg tak?angkat jari hehe =p~

*credit utk EMA*

*AHAD : KULIAH PENGISIAN SURAH AN-NUR

tajuk : kupasan buku La-Tahzan Bab 64 & 65

-bab 64 : Jadilah diri anda sendiri

  • surah al-Baqarah : 148 :- " Dan bg tiap2 umat ada qiblatnya (Sendiri) yg ia menghadap kpdnya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan.."
  • surah al-An'am : 165 :- " Dan Dialah yg menjadikan kamu penguasa2 dibumi dan Dian meninggikan sebahagian (yg lain) beberapa darjat..."
  • surah al-Baqarah : 60 :- ".. sungguh tiap2 suku telah mengetahui tempat minumnya (msg2).."

~setiap manusia ada keistimewaan dan potensi masing2. jadi Allah telah menetapkan sesuatu mengikut kemampuan dan potensi diri kita sendiri. jd janganlah kita bersedih jika tidak dapat menjadi seperti mereka yang kita idamkan, sbbnya kita ada potensi diri kita sendiri yg telah Allah sediakan utk kita berjaya pada bidang dan cabang lain pula. Dalam pemilih taklifan sesebuah organisasi pun begitu juga, pihak yg memilih haruslah memikir dan bermusyawarah siapa yang patut diletakkan didalam sesuatu lajnah/biro mengikut kemampuan criteria diri yg dipilih..jika disalah pilih..maka rosaklah..bygkan jika seseorang yg berbakat didalam bidang masakan diletakkn dibidang kerjaya jurutera bagaimana ya? em..fikir-rikif kan =D.~

"meletakkan sesuatu yg basah diatas pedang yg berbahaya sebagaimana bahayanya pedang diletakkan di atas sesuatu basah"

jdnya kita perlulah menerima anugerah yg Allah kurniakan buat kita dengan penuh kerelaan dengan mengaplikasikannya utk memberi dan mendapatkan manfaat..insyaAllah

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."

(al-Baqarah : 286)

-bab 65 : Ber'uzlah (Mengasingkan Diri)

  • Uzlah : ber'uzlah dari segala bentuk kejahatan & keharusan yg berlebihan yang akhirnya membuatkan kita berasa lapang & dapat menghilangkan segala kesedihan
  • mencuba utk meninggalkan/tidak melakukan perkara yang kita biasa buat.
  • uzlah yg terbaik = BYK MEMBACA

*credit utk ahlul DM*

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsian..semoga boleh update byk lagi insyaAllah..

esok ada juga pengisian daripda ustaz Nasarudin Tantawi di tempat keje =D..berharap boleh dipost disini esok insyaAllah..

* ilmu..dimana saja ada..cume kita..hendak atau taknk je kan? em..kekosongan hati akhirnya terubat..terima kasih Ya Allah..sahabat2*

21 Mei 2009




Bismillahirahmanirahim... syukur penuh pengharapan agar hari ini terus dilalui dengan penuh ceria dan manfaat bukan utk diri sahaja tapi utk makhluk yang Diciptakan di sekeliling..senyum lagi =D. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam insyaAllah.. jam menunjukkan jam 11.06am kala ini..pagi tadi seusai menjamah sarapan bersama dayah n nadiah..rasa lebih bersemangat sedikit =D
//uuuu dapat juge makan tosei. lama mengidam =p//
selalu dikala begini pasti akan mengira jam..bilakah tibanya saat utk berehat. berat sungguh mata adui..terasa seksa sbb kene bertahan n kene cool huhu tp kadangkala gagal juge dimedan juang.. terus tertunduk kemeja.tidak hirau lagi mata2 yg memandang. yg penting dari menyeksa diri baik merehatkan mata dan minda n(^_^)n so..entry kali nk story sikit pasal ngantuk ni..=D
mengapa kita rasa mengantuk?nk2 pabila perut sudah penuh diisi. walaupun dikala malam sebelumnya kita sudah cukup tidur, tapi tetap terasa aura 'kemangantukkan' hehe..boleh dikatakan semua orang pernah mengalaminya. Dalam artikel yg dijumpai, ada 2 sebab mengapa kita rasa ingin tidur diwaktu siang, tak kiralah kat opis..kelas..ceramah..

1. L-Tryptophan

L-Tryptophan adalah asam amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan dipakai untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang dapat menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita jatuh tertidur. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk memproduksi insulin, yang akan menyimpan makanan dalam tubuh. Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk.

2. Proses pencernaan makanan
Tubuh akan mengirimkan darah ke sistem pencernaan kerana proses pencernaan memerlukan energi yang cukup besar, apalagi kalau makanan yang perlu dicerna mengandung banyak lemak. Energi yang diperlukan juga akan semakin bertambah besar seiring dengan semakin banyaknya makanan yang kita konsumsi. Pada saat ini, sistem saraf juga menyumbangkan sebagian stok darahnya dan sebagai akibatnya, sistem saraf akan mengalami kekurangan oksigen untuk sementara. Menurunnya efektivnya kerja saraf pada saat sistem pencernaan bekerja inilah yang juga membuat kita ingin tidur siang.

huhu tu adalah secara saintifiknya..so mcmne caranya kita nk mengelakkan rasa ngntuk ni? ha..minumla kopi radix hehe..bg yang memandu adalah sangat2 bagus utk diamalkan

mengikut artikel yg dicari, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...


" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."
(maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")


Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" -3x

bg yang tidak memandu pula cara nk menghilangkan mengantuk terutamanya waktu2 genting di kala matahari tepat diatas kepala . jadi beberapa langkah yang boelh diambil adalah :

1) Banyakkan bergerak. Rasa mengantuk sukar dihindarkan apabila terlalu lama duduk di depan komputer, apatah lagi jika perut kenyang. Jalan cepat atau lebih baik, menaiki tangga (dua ke tiga tingkat) sehingga terasa degupan jantung menjadi pantas.

2) Senaman ringkas ini memberi tenaga kepada anda dan ia disimpan dalam memori badan sebagai aktiviti cergas yang boleh disambung selepas balik daripada kerja. Jika tidak pun, lakukan senaman regangan di pejabat.

3) Minum air kosong. Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap tafsir keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

4) Tidur sekejap selama 10 hingga 15 minit. Kajian menunjukkan tidur sekejap bukan saja boleh mengatasi masalah mengantuk pada waktu petang, tetapi membuat kita segar dan mampu memberi tumpuan lebih baik ketika melakukan kerja.

5) Makan sedikit, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau malam. Usah makan hingga terlalu kenyang, tidak kira berapa sedap pun makanan yang terhidang. Jika anda banyak makan, badan terpaksa menggunakan lebih tenaga untuk pencernaan. Ini bermakna lebih banyak darah perlu disalurkan ke usus dan bekalan oksigen ke otak akan berkurangan. Ini antara punca menyebabkan anda berasa lemah dan mengantuk.
Makan sedikit tetapi kerap. Kaedah ini membekalkan badan dengan tenaga dan membantu usus berfungsi dengan lebih baik kerana tidak perlu bekerja keras mencerna kuantiti makanan yang banyak pada satu-satu masa.

6) Pilih sumber makanan berbeza. Bawa snek seperti biskut kraker yang rendah lemak. Biasanya biskut kraker mengandungi karbohidrat yang mudah diproses untuk memberi tenaga segera. Buah-buahan juga baik untuk dijadikan snek penghilang rasa mengantuK.

7) Jangan makan gula-gula/ minum minuman manis, termasuk kopi. Ia tidak membantu menghilangkan rasa mengantuk, malah mungkin membuat masalah anda bertambag teruk. kajian penyelidik di Universiti Manchester menunjukkan kandungan gula dalam makanan (glukos) boleh menghentikan sel otak daripada menghasilkan syarat yang membuatkan kita berjaga.

ha..jadinya jika ia bermanfaat mari sama2 kita amal2kan..insyaALLAH.. (thanx to tuan editor =D)

*kdg2 bila difikirkan perlu utk cukup tidur..tp kalau kerja tak siap perlu juga utk tidak cukup tidur..ataupun mmg kerja itu byk sgt3..jadi kesimpulannya JANGAN BERTANGGUH!! Jangan cuba utk mencari alasan dan beralasan* (T_T )--> kembalikan kepada diri sendiri

20 Mei 2009

HATI KOSONG



Astagfirullah…”ia” datang lagi..x mampu utk melawan..membiarkan sahaja ia menawan emosi..

Sekali lagi emosi tercabar..pasti hari ini terasa sunyi dan sayu. Diri mula rasa ingin bersendiri. Rasa mahu lari sejauh mungkin..mencari satu tempat lindungan yang dapat menyejukkan ‘kesakitan’ ini.. mesti hairan kenapa begini hari ni? Hati sendiri membiarkan “ia” menyejuk dan mengundur diri sendiri tanpa dipaksa utk ‘pergi’. =D

Biarlah..tiada kuasa utk melayan “ia”. hati rungsing..minda celaru..ingin sahaja menjerit memberhentikan masa.. agar diberi kesempatan utk berlalu pergi..tp manusia tiada kuasa dan upaya kerna dicipta utk berusaha bukan utk berputus asa dan berpatah kembali pada masa silam..(T_T).

C E R I A..=D

13 Mei 2009

Karnival Kerjaya & Keusahawanan




KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN GRADUAN 2009 (K3G)

PELUANG KEEMASAN KEPADA PARA GRADUAN YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 (K3G) yang akan diadakan pada 15 Mei hingga 17 Mei 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Lebih dari 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang akan ditawarkan kepada graduan yang masih menganggur atau graduan yang sedang mencari pekerjaan tetap.

K3G akan disertai oleh 400 hingga 600 pempamer yang terdiri daripada:-

  1. Syarikat Swasta;
  2. Agensi Kerajaan/ Badan Berkanun;
  3. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC);
  4. Syarikat Senaraian Awam (Public listed company);
  5. Entepris Kecil dan Sederhana (SME); dan
  6. IPTA dan IPTS.

K3G ini adalah terbuka kepada graduan di peringkat Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda dari Kolej Komuniti, Politeknik, dan IPTA serta IPTS.

K3G juga akan diisi oleh aktiviti-aktiviti berikut:

  1. Pameran Kerjaya dan Keusahawanan;
  2. Bengkel Keusahawanan;
  3. Ceramah dan Klinik Kerjaya;
  4. Temuduga Terbuka;
  5. Khidmat Perundingan/Kaunseling Kerjaya;
  6. Khidmat Perundingan Keusahawanan;
  7. Klinik Resume; dan
  8. Ceramah Motivasi

SISTEM PENDAFTARAN

Adalah dimaklumkan, satu sistem pendaftaran secara barcode akan dilaksanakan sepanjang berlangsungnya karnival ini. Graduan adalah dinasihatkan untuk membuat pendaftaran dengan lebih awal melalui laman web www.mycef.com.my

PERINGATAN

Graduan juga adalah dipohon supaya:-

  1. Berpakaian kemas dan sopan untuk menghadiri karnival ini;
  2. Membuat pendaftaran lebih awal bagi mengelakkan kesesakan pendaftaran pada hari karnival; dan
  3. Menyediakan dokumen penting seperti resume, gambar dan sijil-sijil berkaitan.

KEHADIRAN ANDA PASTI MEMBERI SERIBU MAKNA DAN MENJADI SATU PERMULAAN YANG BERHARGA BAGI DIRI ANDA

*SIGtech pun tak lepaskan peluang..jom ramai-ramai pakat gi..katenya karnival kerjaya yang terbesar..

Kursus yang ditawarkan dalam program INSEP ( Industrial Skill Enhancement Program) :

1) Fiber Optic & Mobile Communication

2) Wireless Data Communication

3) Networking Security

4) Microprocessor Design

5) Technology Fotonic & Fiberoptical

**elaun RM 1000 SEBULAN juga akan diberikan**

**sijil yang diperakui oleh UTM & FOA (Fiber Optic America)**

berminat?jom pakat ke booth SIGtech..=D jumpa disana

em..promosi hebat..mempromosikan kerjaya dikala ekonomi dunia kian merundum..apa motifnya? semoga segalanya yang positif..







12 Mei 2009

Pilihan Kehidupan



Bismillahirahmanirahim...

Alhmdulilah..nikmat Islam dan iman yang Allah kurniakan hari ini.moga2 menjadi panduan setiap langkah ibadah yang kita lakukan..insyaAllah..

erm..sedar tak sedar..sudah 5 minggu berpraktikal di SIGtech..
dan dalam tidak sedar itu juga..rasa terpaksa dan dipaksa sudah menjadi satu perasaan yang sukar digambarkan [bling2****] apakah perasaan itu? huhu..hanya Allah yang tau..

dalam hati..dan mungkin beberapa sahabat mengetahui bahawa diri ini mmg tidak boleh masuk dengan 'dunia networking'..Tapi sesunggunya tidak semestinya apa yang kita suka Allah redhai dan mungkin juga apa yang kita tidak suka Allah dah tetapkan utk kita sendiri..apa yang penting perlu hargai setiap masa yang kita lalui dan bakal lalui..masa yang akan dtg nnti pasti akan dapat kita hadapinya dengan berani walaupun pasti akan ada perasaan T A K U T mahupun G E L I S AH..

pokok persoalannya sejauh mana kita meletakkan segala pundak kepercayaan kita kepada Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui..[kembalikan kepada diri sendiri (T_T)]

kini tiba masa utk diri memikirkan mahu fokus kearah mana? di SIGtech sendiri didedahkan dengan dunia komunikasi..walaupun disedari subjek3 yang berkenaan tidak pernah disentuh dan difahami lagi..tp disini segala perlu dipelajari..dari basicnya..term2 yang digunakan meskipun setiap kali berada didlm meeting department seringkali menggangukkan kepala bukan kerana arif dengan perbincangan tetapi hati mengatakan bahawa aku kene cari maksud term apa yang diperbincangkan..dan seringkali itulah antara bahan rujukan selepas meeting..adalah cik NHISA..
hehe..pasti akan di sendnya note2 yang berkaitan..[wa byk gak notenya..dapat jugak overview subjek masa short sem ni hehe] thanx cik NHISA..

jadi tinggal beberapa minggu je lagi utk melangkah keluar dari sini..task2 yang diberikan juga cukup utk membuatkan diri terasa seperti orang 'busy' bekerja..hakikatnya..senak..sabar..tahan.. uuuu


semoga hari2 yang bakal dilalui, mampu memberikan sebuah keyakinan utk mara kemasa hadapan dengan cemerlangnya insyaAllah..


||memikirkan persoalan utk memilih 2 pilihan adalah terlalu sukar dari memikirkan utk memilih satu pilihan sahaja..=D||

11 Mei 2009

Alhamdulillah..Takbir! Allahuakbar!!!



Alhamdulillah...

sejak dari tengahari tadi..msg pertanyaan menjengah ke telefon..bertanyakan mengenai isu kesahaan menteri besar perak? dalam hati berkata " oo isu ni ke skrg? is2 lambat sungguh aku ni"
msg tidak berjawab, hanya menunggu keputusan saja. maaf ye tak berjawab persoalan tu..

namun ptg ni..sahabt2 seofice sibuk membincangkan isu ni..lalu kesahihan mengenai menteri besar perak telah terbukti..alhmdulilah kebenaran tetap akan muncul jua akhirnya..Menteri Besar Perak IR NIZAR!!..percaya atau tidak..janji Allah pasti akan benar hadirnya..cuma kita manusia yang lemah ni perlu kesabaran yang mantap dan sahih..lihatlah hasilnya..=D

namun dengan kemenangan ini, kerajaan yang diterajui perlula mempelajari dari kisah semalam agar dapt menangkis apa jua helah jahat mana2 pihak yang tidak berpuas hati, dari yang jauh mahupun yang dekat disebelah kita..

msg kemenangan terus-menerus didengar| diterima..alhmdulilah kemenangan dikongsi..
namun pesanan drp Tuan Guru Nik Aziz berkenaan kemenangan ini menjadi perkongsiaan : " Setelah kita menang di Peraj kini Perak telah bertukar menajdi 'EMAS' buat PR. Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk berpuasa sunat esok hari serta solat sunat syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"
|thanx kak lily|

begitula sentiasa diingati agar kembali kepada asas..syukur dan tidak sombong diatas apa jua kemenagan dan kejayaan..=D..
Semoga dengan kejayaan yang dikecapi akan memantapkan dan mengukuhkan lagi misi dan dakwah perjuangan untuk menegakkan daulah islamiyah yang sudah lama di impi2kan..insyaAllah


*semoga semangat utk berjuang tidak akan pernah luntur walau dugaan apa jua melanda..semoga diberi kekuatan utk sampai ke hujung puncaknya..amin...insyaAllah*

Nasyid.fm