25 Mei 2009

Santapan Rohani

Alhamdulillah..
nikmat islam, iman dan amal yang Allah kurniakan hari ini penuh sujud kesyukuran. semoga hati sentiasa terbuka utk sentiasa menerima hidayah dan meneruskan ikatan istaqamah dalam diri insyaAllah..
selawat dan salam juga buat Nabi yang dirindui dan dicintai..Nabi Muhammad s.a.w.
Dah beberapa hari tidak ada post barangkali..meninggalkan utk melaksanakan sesi rumusan sepanjang hujung minggu ini..
alhamdulilah rumusannya :
*jumaat : usrah muslimat
*sabtu : brainstorm CSG
*ahad : kuliah pengisian surau An-Nur
-------------------------------------------------------------------------------------------------

*JUMAAT : USRAH MUSLIMAT
- dimulakan dengan solat isya' berjemaah
- slot usrah :
1)ta'aruf "Rapat2"
2)tazkirah : hani
  • bagaimana menggunakan term "sahabat"
  • buruknya sifap sombong - surah al-Nahl : 23 :- "Tidak diragukan lagi bahawa mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang sombong"
  • dilinkkan sifat sombong ini dengan klip video Kesan Kejatuhan Empayar Uthamaniah, yg mana berkisarkan tentang kejahatan puak kafir menentang, menyeksakan dan menjatuhkan sistem khilafah serta umat islam.

3)Risalah Ta'alim : Jaja

  • review kembali berkenaan rukun baiah:
  • a)faham, b)ikhlas, c)amal, d)jihad, e)pengorbanan, f)taat, g)thabat, h)tajarud, i)ukhuwah, j) thiqah

4)pengenalan organisasi : dayah, hani , jaja

5)klip video program2 muslimat : jaja

-supper : (hehe roti cecah sardin je la ye..) *credit to fairuz as biro makanan =D

-Qiyam berjemaah

-solat subuh & mathurat

-sarapan : (nasi lemak =p)

~alhamdulilah selesai jua..walaupun tiada naqibah namun kerinduaan utk berusrah terubat jua =D~

*credit utk adik2 syg : EMA, FAIRUZ, HAJAR, HANI, HANIS, SOLEHA & KAK DAYAH =D*

*SABTU : BRAINSTORM PROGRAM CSG

-unformal bersama Ema

-perbincangn & perancangan Malam Apresiasi

-report program & kewangan

-paperwork CSG SEM 1 09/10

~wa banyaknya keje (T_T)..ada volenteer nk tlg tak?angkat jari hehe =p~

*credit utk EMA*

*AHAD : KULIAH PENGISIAN SURAH AN-NUR

tajuk : kupasan buku La-Tahzan Bab 64 & 65

-bab 64 : Jadilah diri anda sendiri

  • surah al-Baqarah : 148 :- " Dan bg tiap2 umat ada qiblatnya (Sendiri) yg ia menghadap kpdnya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan.."
  • surah al-An'am : 165 :- " Dan Dialah yg menjadikan kamu penguasa2 dibumi dan Dian meninggikan sebahagian (yg lain) beberapa darjat..."
  • surah al-Baqarah : 60 :- ".. sungguh tiap2 suku telah mengetahui tempat minumnya (msg2).."

~setiap manusia ada keistimewaan dan potensi masing2. jadi Allah telah menetapkan sesuatu mengikut kemampuan dan potensi diri kita sendiri. jd janganlah kita bersedih jika tidak dapat menjadi seperti mereka yang kita idamkan, sbbnya kita ada potensi diri kita sendiri yg telah Allah sediakan utk kita berjaya pada bidang dan cabang lain pula. Dalam pemilih taklifan sesebuah organisasi pun begitu juga, pihak yg memilih haruslah memikir dan bermusyawarah siapa yang patut diletakkan didalam sesuatu lajnah/biro mengikut kemampuan criteria diri yg dipilih..jika disalah pilih..maka rosaklah..bygkan jika seseorang yg berbakat didalam bidang masakan diletakkn dibidang kerjaya jurutera bagaimana ya? em..fikir-rikif kan =D.~

"meletakkan sesuatu yg basah diatas pedang yg berbahaya sebagaimana bahayanya pedang diletakkan di atas sesuatu basah"

jdnya kita perlulah menerima anugerah yg Allah kurniakan buat kita dengan penuh kerelaan dengan mengaplikasikannya utk memberi dan mendapatkan manfaat..insyaAllah

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."

(al-Baqarah : 286)

-bab 65 : Ber'uzlah (Mengasingkan Diri)

  • Uzlah : ber'uzlah dari segala bentuk kejahatan & keharusan yg berlebihan yang akhirnya membuatkan kita berasa lapang & dapat menghilangkan segala kesedihan
  • mencuba utk meninggalkan/tidak melakukan perkara yang kita biasa buat.
  • uzlah yg terbaik = BYK MEMBACA

*credit utk ahlul DM*

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsian..semoga boleh update byk lagi insyaAllah..

esok ada juga pengisian daripda ustaz Nasarudin Tantawi di tempat keje =D..berharap boleh dipost disini esok insyaAllah..

* ilmu..dimana saja ada..cume kita..hendak atau taknk je kan? em..kekosongan hati akhirnya terubat..terima kasih Ya Allah..sahabat2*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nasyid.fm