21 Mei 2009




Bismillahirahmanirahim... syukur penuh pengharapan agar hari ini terus dilalui dengan penuh ceria dan manfaat bukan utk diri sahaja tapi utk makhluk yang Diciptakan di sekeliling..senyum lagi =D. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam insyaAllah.. jam menunjukkan jam 11.06am kala ini..pagi tadi seusai menjamah sarapan bersama dayah n nadiah..rasa lebih bersemangat sedikit =D
//uuuu dapat juge makan tosei. lama mengidam =p//
selalu dikala begini pasti akan mengira jam..bilakah tibanya saat utk berehat. berat sungguh mata adui..terasa seksa sbb kene bertahan n kene cool huhu tp kadangkala gagal juge dimedan juang.. terus tertunduk kemeja.tidak hirau lagi mata2 yg memandang. yg penting dari menyeksa diri baik merehatkan mata dan minda n(^_^)n so..entry kali nk story sikit pasal ngantuk ni..=D
mengapa kita rasa mengantuk?nk2 pabila perut sudah penuh diisi. walaupun dikala malam sebelumnya kita sudah cukup tidur, tapi tetap terasa aura 'kemangantukkan' hehe..boleh dikatakan semua orang pernah mengalaminya. Dalam artikel yg dijumpai, ada 2 sebab mengapa kita rasa ingin tidur diwaktu siang, tak kiralah kat opis..kelas..ceramah..

1. L-Tryptophan

L-Tryptophan adalah asam amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan dipakai untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang dapat menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita jatuh tertidur. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk memproduksi insulin, yang akan menyimpan makanan dalam tubuh. Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk.

2. Proses pencernaan makanan
Tubuh akan mengirimkan darah ke sistem pencernaan kerana proses pencernaan memerlukan energi yang cukup besar, apalagi kalau makanan yang perlu dicerna mengandung banyak lemak. Energi yang diperlukan juga akan semakin bertambah besar seiring dengan semakin banyaknya makanan yang kita konsumsi. Pada saat ini, sistem saraf juga menyumbangkan sebagian stok darahnya dan sebagai akibatnya, sistem saraf akan mengalami kekurangan oksigen untuk sementara. Menurunnya efektivnya kerja saraf pada saat sistem pencernaan bekerja inilah yang juga membuat kita ingin tidur siang.

huhu tu adalah secara saintifiknya..so mcmne caranya kita nk mengelakkan rasa ngntuk ni? ha..minumla kopi radix hehe..bg yang memandu adalah sangat2 bagus utk diamalkan

mengikut artikel yg dicari, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...


" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."
(maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")


Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" -3x

bg yang tidak memandu pula cara nk menghilangkan mengantuk terutamanya waktu2 genting di kala matahari tepat diatas kepala . jadi beberapa langkah yang boelh diambil adalah :

1) Banyakkan bergerak. Rasa mengantuk sukar dihindarkan apabila terlalu lama duduk di depan komputer, apatah lagi jika perut kenyang. Jalan cepat atau lebih baik, menaiki tangga (dua ke tiga tingkat) sehingga terasa degupan jantung menjadi pantas.

2) Senaman ringkas ini memberi tenaga kepada anda dan ia disimpan dalam memori badan sebagai aktiviti cergas yang boleh disambung selepas balik daripada kerja. Jika tidak pun, lakukan senaman regangan di pejabat.

3) Minum air kosong. Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap tafsir keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

4) Tidur sekejap selama 10 hingga 15 minit. Kajian menunjukkan tidur sekejap bukan saja boleh mengatasi masalah mengantuk pada waktu petang, tetapi membuat kita segar dan mampu memberi tumpuan lebih baik ketika melakukan kerja.

5) Makan sedikit, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau malam. Usah makan hingga terlalu kenyang, tidak kira berapa sedap pun makanan yang terhidang. Jika anda banyak makan, badan terpaksa menggunakan lebih tenaga untuk pencernaan. Ini bermakna lebih banyak darah perlu disalurkan ke usus dan bekalan oksigen ke otak akan berkurangan. Ini antara punca menyebabkan anda berasa lemah dan mengantuk.
Makan sedikit tetapi kerap. Kaedah ini membekalkan badan dengan tenaga dan membantu usus berfungsi dengan lebih baik kerana tidak perlu bekerja keras mencerna kuantiti makanan yang banyak pada satu-satu masa.

6) Pilih sumber makanan berbeza. Bawa snek seperti biskut kraker yang rendah lemak. Biasanya biskut kraker mengandungi karbohidrat yang mudah diproses untuk memberi tenaga segera. Buah-buahan juga baik untuk dijadikan snek penghilang rasa mengantuK.

7) Jangan makan gula-gula/ minum minuman manis, termasuk kopi. Ia tidak membantu menghilangkan rasa mengantuk, malah mungkin membuat masalah anda bertambag teruk. kajian penyelidik di Universiti Manchester menunjukkan kandungan gula dalam makanan (glukos) boleh menghentikan sel otak daripada menghasilkan syarat yang membuatkan kita berjaga.

ha..jadinya jika ia bermanfaat mari sama2 kita amal2kan..insyaALLAH.. (thanx to tuan editor =D)

*kdg2 bila difikirkan perlu utk cukup tidur..tp kalau kerja tak siap perlu juga utk tidak cukup tidur..ataupun mmg kerja itu byk sgt3..jadi kesimpulannya JANGAN BERTANGGUH!! Jangan cuba utk mencari alasan dan beralasan* (T_T )--> kembalikan kepada diri sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nasyid.fm