13 Mei 2009

Karnival Kerjaya & Keusahawanan




KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN GRADUAN 2009 (K3G)

PELUANG KEEMASAN KEPADA PARA GRADUAN YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 (K3G) yang akan diadakan pada 15 Mei hingga 17 Mei 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Lebih dari 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang akan ditawarkan kepada graduan yang masih menganggur atau graduan yang sedang mencari pekerjaan tetap.

K3G akan disertai oleh 400 hingga 600 pempamer yang terdiri daripada:-

  1. Syarikat Swasta;
  2. Agensi Kerajaan/ Badan Berkanun;
  3. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC);
  4. Syarikat Senaraian Awam (Public listed company);
  5. Entepris Kecil dan Sederhana (SME); dan
  6. IPTA dan IPTS.

K3G ini adalah terbuka kepada graduan di peringkat Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda dari Kolej Komuniti, Politeknik, dan IPTA serta IPTS.

K3G juga akan diisi oleh aktiviti-aktiviti berikut:

  1. Pameran Kerjaya dan Keusahawanan;
  2. Bengkel Keusahawanan;
  3. Ceramah dan Klinik Kerjaya;
  4. Temuduga Terbuka;
  5. Khidmat Perundingan/Kaunseling Kerjaya;
  6. Khidmat Perundingan Keusahawanan;
  7. Klinik Resume; dan
  8. Ceramah Motivasi

SISTEM PENDAFTARAN

Adalah dimaklumkan, satu sistem pendaftaran secara barcode akan dilaksanakan sepanjang berlangsungnya karnival ini. Graduan adalah dinasihatkan untuk membuat pendaftaran dengan lebih awal melalui laman web www.mycef.com.my

PERINGATAN

Graduan juga adalah dipohon supaya:-

  1. Berpakaian kemas dan sopan untuk menghadiri karnival ini;
  2. Membuat pendaftaran lebih awal bagi mengelakkan kesesakan pendaftaran pada hari karnival; dan
  3. Menyediakan dokumen penting seperti resume, gambar dan sijil-sijil berkaitan.

KEHADIRAN ANDA PASTI MEMBERI SERIBU MAKNA DAN MENJADI SATU PERMULAAN YANG BERHARGA BAGI DIRI ANDA

*SIGtech pun tak lepaskan peluang..jom ramai-ramai pakat gi..katenya karnival kerjaya yang terbesar..

Kursus yang ditawarkan dalam program INSEP ( Industrial Skill Enhancement Program) :

1) Fiber Optic & Mobile Communication

2) Wireless Data Communication

3) Networking Security

4) Microprocessor Design

5) Technology Fotonic & Fiberoptical

**elaun RM 1000 SEBULAN juga akan diberikan**

**sijil yang diperakui oleh UTM & FOA (Fiber Optic America)**

berminat?jom pakat ke booth SIGtech..=D jumpa disana

em..promosi hebat..mempromosikan kerjaya dikala ekonomi dunia kian merundum..apa motifnya? semoga segalanya yang positif..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nasyid.fm