05 Jun 2009

kisah semalam


selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat baginda..

assalammualaikum...
semoga hari ini lebih baik dari semalam..dan semoga kita sentiasa dilimpahkan rahmat dan kurnia olehNYA..insyaAllah

kisah semalam :




alhamdulillah..semalam selesai sudah sesi lawatan supervisor utk LI..semua berjalan lancar. dari sesi briefing mengenai SigTECH oleh en.Amir sehinggalah kepada penerangan FTTH (Fiber To The Home) oleh A.Yousri..
fuhh..lega juga..mahu taknya..sebelum jam 11am dok stdy FTTH..sbb task penting adalah FTTH.. Tp segalanya secara jelas diterangkan oleh A.Yousri..semua yg hadir mendegr dgn kyusuk.. termasuk la diri ini..kan sng ada lecturer mcm A.yousri ni hehe..clear..
antara yg hadir : Dr. Norashidah (supervisor), shahmi & hafiz (practical dibwh a.yousri tp ofisnye diuniten) dan 2 org lagi RA (lupe name =D)..
alhamdulillah..semuanya 'sempoi' termasuk Dr. Norashidah.. sekdar bertanya kepada A.Yousri "budak2 ni baik tak kat sini?" hehe..nasib baik A.Yousri back-up hehe
selesai sesi lawatan..kami lunch bersama di Anjung..Dr. Norashidah belanje hehe.. (^_^)
seusai segalanya..selepas ni report dan presentation diUniten pula..namun memikirkan tugasan menyediakan slide presentation utk department marketing yg belum selesai lagi..menyesakkan minda huhu..(dok fikir mcmna nk present kalau tk betul2 hadam pasal FTTH ni kan? dah la didepan org2 yg hebat3 belaka uuu). semoga selamat semuanya insyaAllah =D

Dimalam hari pula..

berchating sebentar sampai membelek halaman2 website yg tidak dapat dilihat di hari siangnye hehe..salah satu perbualan :

A : ea..nk tau tak tadi saya gi kuliah maghrib pengisian Ustaz Harun Din.. (dlm hati ingin berkongsi)
S : best juga citer detective ni..byk kes..tp polisnya tak kan give up selagi kesnya belum selesai (bercerita mengenai rancangan di tv)
A : ooo..(mcm perli je =p)
S : oo mesti best dgr.. dapat ilmu jgn lupa amal tau (sebelum tahu tajuknya)
A : amal? ilmu munakahat tadi..berkongsi bulela beramal tak taula bila lagi hehe..
S : hr tu ada baca buku.sbnrnya ilmu tntg munakahat ini, dah kena mula sebelum dari kahwin lg tau..ape rukun nikah yg ke4? (suke sgt main teka teki ye? hehe)
A : erm..(mengingatkan kembali rukun nikah yg ke4 sambil membelek buku Mutiara Perkahwinan)
S : wali kan?
A : =D

Jdnya rukun nikah ada 5 :
1) pengantin lelaki :
-islam
-baligh
-berakal
-tidak berada dalam ihram/umrah
-x dipaksa kahwin

2) pengantin perempuan :
- islam
-tidak berada dlm ihram haji/umrah
-x isteri kpd seseorg
-x berada dlm iddah

3) akad (ijab & qabul)

4) wali :
syarat wali :
-seorang islam
-baligh
-berakal
-merdeka bukan seorang hamba
-seorang lelaki yg adil
-tidak dipaksa
-tidak berada dalam ihram haji/umrah
-bukan seorang lelaki yg fasikh

5) 2 orang saksi


tidak semestinya ilmu yg ada itu kita cari dan kita hadamkan tatkala kita memerlukannya shj..
kdg kala perlu juga utk kita memahami dan difahami..bukan utk sesiapa..ttp utk kebaikan diri kita sndiri juga.. kalau bukan utk kegunaan hari ini..pasti ia adalah bekalan pada masa hadapan pula nnti =D






04 Jun 2009

Erti Sebuah Kemaafan

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~

semoga si penulis mahupun si pembaca diberikan dan dilimpahkn rahmat dan kasih sayang Allah selamanya..insyaAllah..

coretan hari semalam..betul2 menyakitkan..mohon maaf dgn sgt..tidak mahu mengangu emosi mahupun perasaan sesiapa..tapi ketahuailah saya syg sgt kat kamu-kamu..(^_^). jiwa rasa tidak tenteram.jika ia berlarutan selamanya..percayala bahawa "kemarahan" itu atas dasar nasihat dari hati kecil ini utk kamu..peace no war..






marilah sama2 kita belajar utk menulis diatas pasir disamping melihat keindahan ciptaanNYA

Dua orang sahabat karib (A dan B) sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir..Di tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas.

Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir: "Hari ini, sahabt baikku telah menampar mukaku". Kemudian, mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabtnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu: "Hari ini, sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku".

A bertanya: “ kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang, kenapa kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum, B berkata: “ Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu.”

jadinya..moral of the story =D :

dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. JOM gi pantai..sambil riadah sambil kita belajarlah menulis di atas pasir.



01 Jun 2009

Motivasi Buat KITA..seorang Dai'e




Alhamdulillah! Di dalam sebuah hadith riwayat al-Tirmidzi dan dinilai hasan oleh al-Albani, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang Akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah memudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan meletakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah mencerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditaqdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)”.


tertarik sekali dengan trailer video ni..semoga ia boleh memberikan motivasi yg unggul utk kita sama2 bangkit berjuang & bergerak menyebarkan dakwah islamiyah tidak kire dimana insyaAllah..

sangat tersentuh dengan hadith riwayat Muslim dari Abu Hurairah ra. berikut. Ia sesungguhnya wajar untuk menggetarkan jiwa rasa insan-insan yang bergelar dae’i. Muhasabahlah diri kita wahai pejuang agama Allah! Rasulullah SAW bersabda:


Bergegaslah kalian untuk bera’mal, (kerana akan datang satu masa) fitnah-fitnah ibarat potongan-potongan malam. (Disebabkan fitnah tersebut) di pagi hari seseorang dalam keadaan beriman dan pada petang harinya dalam keadaan kafir, di petang hari dalam keadaan beriman dan keesokan harinya dalam keadaan kafir. Dia menjual agamanya dengan sesuatu dari (gemerlapnya) dunia ini.”

Malah Rasulullah SAW pernah memberi berita gembira dengan sabda baginda:

Barangsiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam, baginya pahala dan pahala orang yang beramal dengannya setelahnya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.”



begitulah janji yg Allah aturkan bg mereka yg berani memperjuangkan agamaNya juga yang menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya.. semoga kita semua dikurnikan nikmat istiqamah dalam diri utk kita sama2 bergerak melangkah menyelesaikan misi dakwah kita sehingga tertegaknya DAULAH ISLAMIYAH insyaAllah..takbir!!!! Allahuakbar!!!!



“Sang Murabbi… Keikhlasan, Kesederhanaan, Kesungguhan, Kejujuran”



Nasyid.fm