26 Oktober 2009

Ahlan Wa Sahlan =D

Asalammualaikum....salam perjuangan.. =D
Alhamdulillah segala pujian bagi Allah tuhan sekalian alam..Yang Kuasa Lagi Maha Menguasai, Yang Maha Mengetahui dari segala sesuatu..

alhamdulillah..hari ni hbs sudah 1 paper..jawapan yang diberikan.. tunggu resultnye nnti =D..

Tp..bukan nk cerita pasal pekse hari ni...tapi nak maklumkan berita gembira tentang kelahiran seorang puteri mujahidah mama DAYANA (kak dee) pada jam 9++ mlm tadi.. insyaAllah esok akan berkunjung melihat bersama mama IZA =D

Alhamdulillah, dapat lagi seorang 'anak buah' hehe...pasti secomel kak dee..teringat balik mase mula2 kenal kak dee..la ni da jadi mak org da. mcm kak lai juga. dulu jadi kakak naqibah la ni jadi mama org da hehe..(akk bile nk usrah lagi?). erm..semua my kakak2 sg3 sudah bertambah zuriat keturunannya..memula kak lai, pastu kak dee pastu kak iza..

selepas sg3..sg4 pula ye..amin..insyaAllah.. =D

buat puteri sulung kak dee..smoga menjadi anak yang soleha
buat mama dee...tahniah akk!!
*puan2 semasa muda mudi hehe*
~dari kiri belakang : kak ilah, kak fiza, kak intan, kak lin, kak iza~
~dari kiri hadapan : kak dee, kak lily, kak ~

07 Oktober 2009

Motivasi Buat Diri

Salam mahabbah..

Alhamdulillah..hari ini tidak disangka dapat juge memenuhi hati yg sudah lama tidak terisi rasenya. Majlis solat hajat bagi adik2 foundation, pada asalnya sekadar menjadi jemputan mengimami solat hajat, namun tak sangka pula ada juge pengisian motivasinya. Walaupun sudah sampai ke penghujung sem, namun kekuatan motivasi disaat2 akhir ini penting juga sebenarnya. Menaikkan semangat lagi katanya insyaAllah. Diri pun seakan2 rasa seperti menjadi foundation kembali hehe =D. Pengisian yang ringkas dan padat daripada Dr. Hanim cukup dan sangat2 menarik. Perkongsian daripada tafsiran al-quran. Antaranya yang ingin dikongsi :

· Motivasi adalah : keimanan yang tinggi & yang paling tinggi adalah motivasi kepada Allah

· Mengambil pelajaran drp kisah2 ilmuan2 islam dulu2. Byk yang mereka perolehi dengan hanya menguasai ilmu mampu menakluki dunia.

· Kalau nk dibandingkan kita dengan orang kafir, mereka melakukan sesuatu atau berperang sebb nk menang, tp kita hanya perlukan MATI SYAHID DIJALAN ALLAH betul x? itu yang sebaik2nya selain drp kemenangan yang hakiki. Berjihad dijalan Allah !! penuh dengan kesungguhan & keikhlasan.

· Begitu juga kita selaku pelajar, berjihad dengan cara mencari ilmu dengan bersungguh2 walaupun pelbagai dugaan dan cabaran mendatang. Berpenat lelah jugak kan? =D

· Dan dalam misi menuntut ilmu itu adalah semata2 utk :

* Mendapat mardhatillah & keredhaan Allah

* Meningkatkan keimanan & kekuasaan kepada Allah

· Kepentingan kesimbangan antara study dan juge pengisian rohani dalam diri. Dr. Hanim sempat promote usrah lagi. Bagus2. Yang penting even pack dengan stdy tp jangan lupe ke usrah ye adik2. Usrah itu penting. Kata Dr. Hanim. =D

· TIP-TIP KECEMERLANGAN drp surah Al-Mu’minun (1-11) :

1-sungguh beruntung orang2 yang beriman.

* yakin dengan Allah

2- iaitu org yg khusyuk dalam solatnya

* focus dalam apa jua yg kita lakukan, bersihkan hati

3- dan orang yg menjauhkan diri dari (perbuatan & perkataan) yg tidak berguna

* amar ma’ruf nahi mungkar

4- dan orang yg menunaikan zakat

* faham bahawa perlu utk menunaikan tanggungjawab

8- dan (sungguh beruntung) org yang memelihara amant2 dan janjinya

* janji bahawa utk belajar bersungguh2, scholarship..

9- serta orang yang memelihara solatnya

* menjaga waktu & masa

10- mereka itulah orang yang akan mewarisi

11- yakni yang akn mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya

· Yang penting dalam belajar :

*Lihat balik tujuan kehidupan kita didunia

*Solat dengan khusyuk & memelihara waktu =D

*SELALU BERDOA

*Keberkatan masa

*Berjaya & faham = *slow|steady|detail*

· Anjuran bacaan surah AL-KAHFI setiap Jumaat :

- Terdapat 4 cerita menarik :

*Seorang budak – gua

*Nabi khaidir & Musa

*Pemilik kebun

*Zulkarnain

- Konklusi :

*Reality kehidupan semasa : perbandingan material & ketuhanan

*Yakin dengan kekuasaan Allah

*Jaga HUBUNGAN HATI dengan Allah

“Semoga yang terbaik utk hari ini, esok, dan akan datang insyaAllah. Ingat mana asal kita pasti ingat mana akhiran kita. Dugaan yang Allah datangkan tandanya Allah sayang pada kita, tapi kenapa kita? Kerna semakin hebat dugaan dan cabaran yang Allah turunkan maka semakin Allah mahu kita sentiasa mendekatkan hati kita denganNya subhanaAllah =D. Marilah sama2 tanamankan rasa keyakinan yang tinggi kepada Allah dalam diri kita, agar kita tidak termasuk orang2 yang syirik”

03 Oktober 2009

BEGIN FORM THE END OF MIND




Jemputan program tetapi tidak jelas siapa panelis
Beberapa hari yang lalu saya dihubungi oleh seorang siswi dari sebuah universiti awam tempatan. Tujuannya untuk menjemput menjadi panelis forum pada Jumaat ini. Tajuk sudah ada cuma bila saya tanya siapa panelis yang lain, jawabnya belum diputuskan lagi. Saya jawab “ok” kerana pada malam tersebut jadual saya kosong selepas jam 9 malam.

Jemputan program tetapi tidak jelas modus operandi
Keesokan harinya saya dihubungi semula oleh siswi yang sama. Katanya format program berubah. Asalnya forum bertukar menjadi talk saya seorang. Kali ini, tajuk pula belum dipastikan kerana berlaku pertukaran walaupun tidak sampai 24 jam sebelum ini, tajuknya sudah ada. Saya masih menjawab “Ok”.

Program BATAL!
Semalam (24 Februari 2009), saya dimaklumkan oleh siswi yang sama menyatakan program terpaksa dibatalkan! Saya masih menjawab, “Ok”.
Program tiba-tiba jadi semula
Pagi tadi saya menerima sms oleh siswi yang sangat berdedikasi dan rajin belajar mengurus program menyampaikan berita pada saya bahawa program ingin diadakan semula kerana pihak HEP universiti telah meluluskan kertas kerja program. Kali ini saya tidak mampu menjawab “ok” kerana beberapa sebab;

Sebab 1
Ada program lain di Putrajaya yang hubungi saya di saat akhir dan saya mesti berlaku adil lalu menerimanya kerana program asal yang saya ceritakan dari awal tadi sudah batal

Sebab 2
Saya rasa sangat terkilan dengan cara pengurusan program adik-adik kampus.

Management by Objective @ M.B.O. sekadar mainan bibir?
Saya sangat percaya kepada kuasa matlamat atau yang disebutkan oleh Covey sebagai ‘Begin from the end of mind’. Malah setiap kali saya turun ke kampus untuk bersama pemimpin universiti, saya sering menekankan prinsip organisasi yang ‘VISION ORIENTED’.

Organisasi yang bermatlamat jelas dan sentiasa fokus pada matlamat tidak akan tersasar dari tugas utama (Core Business) organisasi. Program-program akan dilaksana berpandukan matlamat organisasi dan objektif biro dalam organisasi.

Contohnya, Organisasi A mempunyai matlamat ABC.
Maka semua jentera dalam organisasi dari Presiden hinggalah ke biro-biro atau sekretariat atau apa saja namanya akan dipandu oleh matlamat tersebut. Segala aktiviti, program dan kegiatan adalah menuju ke arah matlamat ABC.

Contohnya, Biro B ingin mengadakan program. Jadi soalan berikut mesti ditanya;
1. Adakah program tersebut membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, jangan buat program tersebut
2. Jika ya, adakah pengisian program membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, fikirkan apakah pengisian yang relevan.
3. Jika ya, bagaimanakah cara dan bila mahu melaksanakannya.

Saya bertanya pada diri saya kenapa persatuan dari kampus tadi menjemput saya sedangkan belum pasti jenis program (forum atau ceramah individu) dan tajuk untuk dibincangkan? Adakah ini caranya pengurusan yang disebut Management by Objective @ M.B.O yang sangat popular di bibir warga kampus?

Apa pun, buat adik-adik saya di kampus-kampus khususnya di tanah air, jadikan alam kampus sebagai satu perjalanan dan akademi yang mempersiapkan diri bukan sahaja dari dimensi yang melengkapkan syarat memperoleh segulung ijazah, malah anda akan bergraduasi sebagai orang yang berbeza dari orang di hari pertama anda melangkah ke universiti. Pengetahuan anda bertambah dan kemahiran anda pelbagai.

~petikan dari artikel "skill memimpin" Amin Idris |http://www.aminidris.com|~


*hanya mahu berkongsi. mungkin berguna utk kebersamaan kita bersama*

Ape yang PENTING? M.B.O =D

semangat K I T A


Salam Syawal !!

Alhmdulillah..lama sudah tidak meng’entry’kan diri disini. Masuk saja..tapi tak der outputnye =D

Byk yang hendak diceritakan..tapi dalam hati sahaja & hanya mampu dilakar disketch book saya. Huhu..

Rupanya kita da masuk minggu kedua syawal..sekejap sja.

Sebentar tadi baru saja menghadiri program Gathering Raya SG 2009-CSG. Alhamdulillah berjalan lancar. Tahniah buat adik2 pengerak. Walaupun ‘baru’…namun seperti ‘lama’..tahniah!!. takper..walaupun ada yang kater, jumlah tidak mencapai target, namun usaha yang adik2 tanamkan sebenarnya sudah cukup mampu membuatkan’ tanaman pokok’ adik2 membesar dengan baik peringkat demi peringkat. Jadikan pengalaman pertama mengerakkan program ini sebagai pemngkin utk program2 seterusnya insyaAllah. Hehe..tapi EMA tetap maintain cool je.. =p

Buat adik2 yang ade test dan sebagainya. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. All d best!! Terutama buat adik2 tersayang : mahira, nadhirah, nani, nina, hanun, murni, aini n syakira. Walaupun ader test namun masih mampu datang berusrah dan bergerak kerja. *terharu n(^_^)n* huhu semoga saya rajin seperti mereka..amin.

Akhiran.. mungkin tidak terlambat lagi saya nk ucapkan selamt hari raya aidilfitri buat semua. Mohon maaf dan silap dari kata2 mahupun perbuatan. =D

*selepas tamat program agenda jalan2 jelajah edaran makanan raya di taman desa dahlia..uuu baru rasa nikmat kehidupan berjiran..”oo rupanye budak ni dok kat sini rupenye” huhu. For those yg mmg tak nk terima makanan tu, maafla ye..mmg kene hbskan juge.kalo tak jadi sahabat syaitan kita..nk? KAMI.. TAK NAK =D hehe*



Nasyid.fm