07 Oktober 2009

Motivasi Buat Diri

Salam mahabbah..

Alhamdulillah..hari ini tidak disangka dapat juge memenuhi hati yg sudah lama tidak terisi rasenya. Majlis solat hajat bagi adik2 foundation, pada asalnya sekadar menjadi jemputan mengimami solat hajat, namun tak sangka pula ada juge pengisian motivasinya. Walaupun sudah sampai ke penghujung sem, namun kekuatan motivasi disaat2 akhir ini penting juga sebenarnya. Menaikkan semangat lagi katanya insyaAllah. Diri pun seakan2 rasa seperti menjadi foundation kembali hehe =D. Pengisian yang ringkas dan padat daripada Dr. Hanim cukup dan sangat2 menarik. Perkongsian daripada tafsiran al-quran. Antaranya yang ingin dikongsi :

· Motivasi adalah : keimanan yang tinggi & yang paling tinggi adalah motivasi kepada Allah

· Mengambil pelajaran drp kisah2 ilmuan2 islam dulu2. Byk yang mereka perolehi dengan hanya menguasai ilmu mampu menakluki dunia.

· Kalau nk dibandingkan kita dengan orang kafir, mereka melakukan sesuatu atau berperang sebb nk menang, tp kita hanya perlukan MATI SYAHID DIJALAN ALLAH betul x? itu yang sebaik2nya selain drp kemenangan yang hakiki. Berjihad dijalan Allah !! penuh dengan kesungguhan & keikhlasan.

· Begitu juga kita selaku pelajar, berjihad dengan cara mencari ilmu dengan bersungguh2 walaupun pelbagai dugaan dan cabaran mendatang. Berpenat lelah jugak kan? =D

· Dan dalam misi menuntut ilmu itu adalah semata2 utk :

* Mendapat mardhatillah & keredhaan Allah

* Meningkatkan keimanan & kekuasaan kepada Allah

· Kepentingan kesimbangan antara study dan juge pengisian rohani dalam diri. Dr. Hanim sempat promote usrah lagi. Bagus2. Yang penting even pack dengan stdy tp jangan lupe ke usrah ye adik2. Usrah itu penting. Kata Dr. Hanim. =D

· TIP-TIP KECEMERLANGAN drp surah Al-Mu’minun (1-11) :

1-sungguh beruntung orang2 yang beriman.

* yakin dengan Allah

2- iaitu org yg khusyuk dalam solatnya

* focus dalam apa jua yg kita lakukan, bersihkan hati

3- dan orang yg menjauhkan diri dari (perbuatan & perkataan) yg tidak berguna

* amar ma’ruf nahi mungkar

4- dan orang yg menunaikan zakat

* faham bahawa perlu utk menunaikan tanggungjawab

8- dan (sungguh beruntung) org yang memelihara amant2 dan janjinya

* janji bahawa utk belajar bersungguh2, scholarship..

9- serta orang yang memelihara solatnya

* menjaga waktu & masa

10- mereka itulah orang yang akan mewarisi

11- yakni yang akn mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya

· Yang penting dalam belajar :

*Lihat balik tujuan kehidupan kita didunia

*Solat dengan khusyuk & memelihara waktu =D

*SELALU BERDOA

*Keberkatan masa

*Berjaya & faham = *slow|steady|detail*

· Anjuran bacaan surah AL-KAHFI setiap Jumaat :

- Terdapat 4 cerita menarik :

*Seorang budak – gua

*Nabi khaidir & Musa

*Pemilik kebun

*Zulkarnain

- Konklusi :

*Reality kehidupan semasa : perbandingan material & ketuhanan

*Yakin dengan kekuasaan Allah

*Jaga HUBUNGAN HATI dengan Allah

“Semoga yang terbaik utk hari ini, esok, dan akan datang insyaAllah. Ingat mana asal kita pasti ingat mana akhiran kita. Dugaan yang Allah datangkan tandanya Allah sayang pada kita, tapi kenapa kita? Kerna semakin hebat dugaan dan cabaran yang Allah turunkan maka semakin Allah mahu kita sentiasa mendekatkan hati kita denganNya subhanaAllah =D. Marilah sama2 tanamankan rasa keyakinan yang tinggi kepada Allah dalam diri kita, agar kita tidak termasuk orang2 yang syirik”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nasyid.fm