03 Oktober 2009

BEGIN FORM THE END OF MIND




Jemputan program tetapi tidak jelas siapa panelis
Beberapa hari yang lalu saya dihubungi oleh seorang siswi dari sebuah universiti awam tempatan. Tujuannya untuk menjemput menjadi panelis forum pada Jumaat ini. Tajuk sudah ada cuma bila saya tanya siapa panelis yang lain, jawabnya belum diputuskan lagi. Saya jawab “ok” kerana pada malam tersebut jadual saya kosong selepas jam 9 malam.

Jemputan program tetapi tidak jelas modus operandi
Keesokan harinya saya dihubungi semula oleh siswi yang sama. Katanya format program berubah. Asalnya forum bertukar menjadi talk saya seorang. Kali ini, tajuk pula belum dipastikan kerana berlaku pertukaran walaupun tidak sampai 24 jam sebelum ini, tajuknya sudah ada. Saya masih menjawab “Ok”.

Program BATAL!
Semalam (24 Februari 2009), saya dimaklumkan oleh siswi yang sama menyatakan program terpaksa dibatalkan! Saya masih menjawab, “Ok”.
Program tiba-tiba jadi semula
Pagi tadi saya menerima sms oleh siswi yang sangat berdedikasi dan rajin belajar mengurus program menyampaikan berita pada saya bahawa program ingin diadakan semula kerana pihak HEP universiti telah meluluskan kertas kerja program. Kali ini saya tidak mampu menjawab “ok” kerana beberapa sebab;

Sebab 1
Ada program lain di Putrajaya yang hubungi saya di saat akhir dan saya mesti berlaku adil lalu menerimanya kerana program asal yang saya ceritakan dari awal tadi sudah batal

Sebab 2
Saya rasa sangat terkilan dengan cara pengurusan program adik-adik kampus.

Management by Objective @ M.B.O. sekadar mainan bibir?
Saya sangat percaya kepada kuasa matlamat atau yang disebutkan oleh Covey sebagai ‘Begin from the end of mind’. Malah setiap kali saya turun ke kampus untuk bersama pemimpin universiti, saya sering menekankan prinsip organisasi yang ‘VISION ORIENTED’.

Organisasi yang bermatlamat jelas dan sentiasa fokus pada matlamat tidak akan tersasar dari tugas utama (Core Business) organisasi. Program-program akan dilaksana berpandukan matlamat organisasi dan objektif biro dalam organisasi.

Contohnya, Organisasi A mempunyai matlamat ABC.
Maka semua jentera dalam organisasi dari Presiden hinggalah ke biro-biro atau sekretariat atau apa saja namanya akan dipandu oleh matlamat tersebut. Segala aktiviti, program dan kegiatan adalah menuju ke arah matlamat ABC.

Contohnya, Biro B ingin mengadakan program. Jadi soalan berikut mesti ditanya;
1. Adakah program tersebut membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, jangan buat program tersebut
2. Jika ya, adakah pengisian program membantu mencapai matlamat ABC? Jika tidak, fikirkan apakah pengisian yang relevan.
3. Jika ya, bagaimanakah cara dan bila mahu melaksanakannya.

Saya bertanya pada diri saya kenapa persatuan dari kampus tadi menjemput saya sedangkan belum pasti jenis program (forum atau ceramah individu) dan tajuk untuk dibincangkan? Adakah ini caranya pengurusan yang disebut Management by Objective @ M.B.O yang sangat popular di bibir warga kampus?

Apa pun, buat adik-adik saya di kampus-kampus khususnya di tanah air, jadikan alam kampus sebagai satu perjalanan dan akademi yang mempersiapkan diri bukan sahaja dari dimensi yang melengkapkan syarat memperoleh segulung ijazah, malah anda akan bergraduasi sebagai orang yang berbeza dari orang di hari pertama anda melangkah ke universiti. Pengetahuan anda bertambah dan kemahiran anda pelbagai.

~petikan dari artikel "skill memimpin" Amin Idris |http://www.aminidris.com|~


*hanya mahu berkongsi. mungkin berguna utk kebersamaan kita bersama*

Ape yang PENTING? M.B.O =D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nasyid.fm