26 April 2009

P E S T A J U T A A N B U K U

Assalammualaikum..=D

Kesyukuran penh rahmat dari Allah swt di panjatkan..alhamdulilah sepanjang hari terisi dengan perkara kebaikan insyaAllah..semoga segala yang dilakukan hari ini, akan ditimbang oleh Allah dengan timbangan yang setimpal..mohon maaf sekiranya diri ini mengasari pertuturan dan ketegasan..tidak bermaksud langsung begitu..namun keadaan menyebabkan aie begitu..tak puas hati? Tak per.. aie mohon maaf ye ? tq

Alhamdulilah hari ini dapt juge mengisi keinginan hati mengunjungi pesta buku antarabangsa di PWTC. Setelah pulang dari melawat “site” tidak terduga hendak kesana. Dengan ketibaannya bersama2 dengan zai meredah lautan manusia kesana. Flow perjalanan : STAR SG BESI -> PWTC. Alhmdulilah Allah permudahkan perjalanan kami kesana.

Setibanya kesana jutaan manusia mengerumuni setiap gerai buku disana..ramai sangat ye la weekend ni merupakan minggu terakhir pesta buku..esok majlis penutupnya. So byk sekolah n mak ayah ambil peluang bawak anak2 kesana. Sebelum ni pesta buku dibuat masa tgh cuti sekolah so..kire mcm hari weekend tak la sesak sgt hehe..tp…sesak juge la..tp oleh kerana merindui membeli buku2 baru..ku redah jua walaupun dirintangi jutaan manusia hehe..bak kate adik muslimin tu “acara tahunan ye?” heehe..

apa yang menariknya pesta buku ini, byk buku2 yg baru terbit akan dijual dengan harga diskaun, selain tu boleh jumpe sendiri dengan penulisnya. Memang akan rambang mata la..nk elakkan bnda tu, sebelum kaki melangkah masuk kene aim beberapa buku sahaja utk dibeli, kalo tak mmg tak akan jd membeli sbb rase nk beli sume buku yg dibelik hehe..[tp kene bwk duit yg byk la baru bole beli sumekan? Tp akhir2 bulan ni terpakse la menghadkan pembelian hehe].

Selain tu dapat juge jumpe beberapa orang ‘ternama’ hari ini antaranya: A.Samad Said, Faizal Tehrani, Raihan & Pakar motivasi Prof Izzi. Jadi buku2 yang dapat beli : 2 Majalah Solusi terbitan Telaga Biru, Rindu Bau Pohon Tin- Ustaz Hasrizal, dan juga 3 buah buku model test PMR utk adik aie Dik Mok =D.

Semuanya dalam proses pembacaan..tak hbs lagi..insyaAllah if ader article yg menarik dalam buku2 ini nanti aie akan kongsikan ye..

Ape2 pun walaupun hari ni penat sedikit..namun gembira sbb dapat buat sesuatu yg disukai alhamdulilah. Thanx zaidah sbb temankan… sian dia, kene tolak2 dalam tren..[uuu da la tersalah tren, last2 masuk ktm yg kepadatan seperti ikan sardine Marina =p]

*semasa pulang terdetik di kepala..rakyat sekarang dah rajin membaca buku ye..penuh PWTC tu mcm2 manusia & peringkat umur ada. Tp hari ini tgk ramai muslimat yang bertudung labuh dan juge yg berpurdah datang. Alhmdulilah.. semoga dengan adanya pesta buku ini, minda rakyat terutamanya akan dibuka dengan minda yang lebih jelas, lebih berpengetahuan. Bukan minda yang sentiasa menerima dan tidak mengkaji kebenaran & kesahihan. Semoga satu hari nnti, rakyat Malaysia akan dapt “memilih” dengan lebih bijak.*

|Ilmu itu perlu dicari & digali, ilmu Allah itu melaut luas, tidak akan pernah kehabisan, ambil peluang & kesempatan, mengejar ilmu yang bermanfaat dunia & akhirat |


*antara panel dalam forum : A.Samad Said & Faisal Tehrani*

* ProF Izzi - "selamat beramal & renung2kan"*

*RAIHAN -promote Raihan Rangers*

*antara buku yang dibeli*

*antara buku yang dibeli*




25 April 2009

Jalan- jalan cari J A L A N & M A K A N

25 April 2009 | Jumaat | 8.00pm

=D disebalik hari jumaat tersimpan seribu rahmat..alhamdulilah..setelah pulang dari keje..ada cerita lain pula.. aktiviti biasa setelah pulang kerumah.. kene fikir nk makan ape? Hehe terutamanya adik2 ni.. [ zai, fairuz, hajar, hani, ema, & nadh ]. Setelah mesyuarat pintu dibuat..akhirnya kata sepakat dipersetujui..cdngan adik2 nk makan di bangi je..tp tetbe mulut aie ni ckp “meh la makan jauh2 sikit hehe..” walaupun pada asalnya aie tak terlibat sama dalam perbincangan agenda makan mereka hehe..menyampuk dengan tiba2. Seterusnya semua bersetuju dengan gembira..tempat dinner hari ni : “TAMAN PERTANIAN WARISAN PUTRAJAYA” waa =O jauh tu dinner hehe..special sungguh. Seingat aie last pergi mase usrah 1st sem foundation bersama dengan kakak2 & ahli2 usrah yang dirindui : kak zura, kak yati & kak alya. Jadi tepat jam 8.30pm kami mula bertolak menaiki 2 buah kereta : hajar & nadh: masa bagi cadangan tadi, tak teringat langsung yg aie lupe jalan nk kesana, yg hani pule bersemngt ingatkan beliau tahu juge kesana..tp last2 kene tanye orang juge..aie, hani & fairuz berposak2 duk call sume orang yg dirasakan bule memberi direction.. namun akhirnya dengan berbekalkan arahan dari kak iza..maka sampai la kami disana setelah berpusing beberapa kali tersesat..[siap jumpe jalan mati lagi tu..huhu siapa la buat jalan kat p/jaya tu kan? P e n I n g woo]
Setelah sampai..nampak muke sume hepy je..sbb dapat lepas juge dari jalan2 dip/jaya tu & mungkin juge sume kelaparan da tak sabar nk makan hehe.. ramai juge disana..tp at last dapat juge cari port makan yang romantic utk kami hehe..[romantic ke? Bule la lampu n suasana sekeliling tu]. Setelah puas makan dan borak2 tepat jam 10.30pm kami pun menyambung perjalann pulang ke rumah, [sbb da tak tahan bunyi karaoke kat situ..uu picing lari la bang =p].
Perjalanan pulang juge cukup mencabar, pada asalnya mengikuti kete nadh [nadh, hani, dayah], tp salah jalan la pule terpakse pusing kembali. Tetapi tibe2 kami terpisah. Jadi kami pun [hajar, fairuz, zai , aie] dengan beraninye mencari jalan pulang sendiri. Mula dok pusing kawasan p/jaya tu 2 kali tak nmpk jalan nk masuk ke alamanda. Namun alhmdulilah pusingan kedua dapat juge menyelesaikan puzzle perjalanan pulang dari putraja..menguji sungguh jalan2 disini hehe..
Hehe..seronok juge dapat makan2 ramai dengan adik2..rindu teringat nk makan ramai2 dgn sahabat2 yg lain..at least terubat juge la hehe uuuu =p n dapat juge merasa aura kemudaan mereka eheheh =D.
Begitula kisah kehidupankan..jika kita tak pandai nk cari jalan keluar/ malu nk bertanya kita akan sesat jalan. Kehidupan perlukan keberanian dan kesabarn.. dugaan Allah berada dimana2 je..cumenya bagaimana kita sedar atau tak je Allah nk bg kita pengajaran n pengalaman.. semoga perjalanan semalam memberi ikhtibar buat diri ini [hopefully adalah kaitankan?hehe]. Jalan nk menuju kesabaran tu memerlukan nilai kesabaran yang cukup tinggi. Jadi jika kita tidak mampu.. sokongn sahabat2 & Bantuan dari Allah itulah pegangan kita nnti. Tp kadang2 bile kite tersesat jalan tu..bule juge melihat suasana kecantikan malam di p/jayakan? Hikmah juge tu..yg pentingnya setiap yang berlaku itu ada hikmah yang Allah nk tunjukkan buat hamba2 Nya yang disayangi insyaAllah.

*Nnti bule la gi sana lagi ye..best juge..uuuu sejak2 rumah BM ni terdapat byk kereta..begitu giat n aktif berpoya2 di luar ye? Hehe* semoga ia melengkapi misi ukhwah kita…thanx tuan kete hajar n fairuz =D

*setiap ujian itu harus kita lalui dengan jalan sabar & kekuatan*



* w a = O A B C *



* z a i & n a d h*


* h a n i & h i d a y a h*


* habis suda =D *


* bergambar sebelum pulang : nadh, hani, zai, fairuz & hajar: *

U K H U W A H

Assalammualaikum..salam kesyukuran dan rahmat keatas nabi junjungan nabi Muhammad s.a.w.. alhamdulilah, berakhirnya hari semalam maka genaplah 3 minggu aku menuntut ilmu & pengalaman di SIGtech.. insyaAllah dengan berbakikan 9 minggu lagi..semoga segala tugasan dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya. Kene siapkan juga ringkasan manual book corecess FTTH (Fiber To The Home) sebelum kaki melangkah keluar dari SIGtech insyaAllah.. nnti aie postkan berkaitan tntg research berkenaan dengan FTTH ye..menarik..nntikan!!! (^_^)

Tp ada juge cite sedey & gumbira hari semalam..dengan bertambahnya jumlah trainer perempuan kat SIGtech maka akan berkurang juge jumlahnya nnti..Fateha…budak yg comel hehe..dgn hadirnya hari semalam maka habs la tempoh practical beliau bersama2 dengan kami. Walaupun berlainan department tp alhmdulilah Allah kurniakan satu jalinan ukhwah dan persahabatan yang cukup baik.. walaupun tempoh perkenalan kami hanya 3 minggu sahaja..tp teha mmg sahabat yg baik..hope dapat jumpe lagi.. *buat teha & daus nnti jangan lupe jemput2 ke walimah ye* (*_*). jadi, makanya semakin berkurang juge la orang dalam department ESN..daus & zul dah kuar, Sekarang tinggal Man sorang je tu pun next month dan nk kuar juge..so nnti tinggal aie, dayah, a.yous n naim je la kat office tu nnti…hehe Nampak gayenye..sunyi sepila office tu :-o

Em..yg gembiranya pula..kami ada sahabt juge; 2 orang perempuan dari UIA. Nadiah & munaz.. nice girl.. munaz ni dari Palestine..tp mmg sgt2 baik..hope dapat knl lebih rapt lagi ye !! insyaAllah…

Itu la kisah kami..last day semalam gi makan2 terakhir bersama teha kat mines..wa..mines lame sudah tidak pergi terasa seperti jakun sekali hehe =p

Ape2 pun..biar dimana kita berada jangan biarkan diri kita sentiasa utk bersendirian..erat2kanlah ukhwah persaudaraan dan kasih sayang sesama islam..insyAllah Allah sgt suke jika hamba2Nya sentiasa berkasih sayang sesama kita =D. [even, kite kene take time sikt nk membiasakan diri, w/pun lambat tp atlest kite cubakan? =D]

*UKHUWAH ITU DIHATI SEGALANYA ABADI*


*F A T E H A*
[lupe nk bwk camera jd la gambar ni ye hehe]


24 April 2009

Layakkah?



Jangan jadi orang tidak sabar..
terus bersabar tetapkan bersabar

Sabar itu sebahagian iman jadikan ia satu amalan

Awan tidak akan sentiasa mendung
Langit yang cerah pasti akan datang
Ombak tidak sentiasa mengulung menghempas bahtera dilaut
Kadangkala tenang mendamaikan hati yang rawan
Begitula satu gambaran orang yang bersabar

Kata pujangga..
Orang yang bersabar umpama sang pahlawan

Gagah berani dia digeruni berkorban rela mati

duhai hati bersabarlah..saat itu pasti akan tiba..
janji Allah itu pasti akan tiba..
*layakkah diri menjadi seorang pahlawan? serikandi muslimah yang digeruni? banyak lagi yang perlu dipelajari..sedari diri ku baru di bawah sini. bila mahu tinggi kesana?
renungi dan muhasabah diri.. S A B A R | T A B A H*

Disebalik rahmat dugaan ITU


Assalammualaikum..Salam JIHAD!!

segala kesyukuran dipanjatkan. terima kasih Ya Allah, kerana dugaan Mu itu benar-benar membuatkan hambamu yang lemah ini tersedar dan tersentak dari lena dan mimpi yang sgt panjang & selesa barangkali.

selalu terdengar : setiap dugaan tu adalah tanda Allah SAYANG pada kita. Allah nk kita dekat denganNya, merayu dan merintih kepadaNya. subhanallah...cantik bukan perkiraan dan ciptaan Allah nikan? setiap yang berlaku tu Allah dah janji da pasti akan digantikan dengan sesuatu yang sangat indah sesuatu yang lebih berharga..cuma..kita hanya perlu bersabar dan beriman terhadap qada' dan qadar ketentuanNya, pegang dan percaya la setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya..

saban hari di datangi dengan pelbagai dugaan..apa yang dipohon agar diberikan kekuatan diri dan keimanan agar dapat terus berada dilandasan ini sehingga ke penghujungnya..biarla redha manusia tak dapat aie penuhi namun redha Allah yg paling utama =D InsyaAllah..cuba hayati ayat2 puisi dibawah..dipetik dari sebuah lagi nasyid..subhanaAllah lirik nya..sangat menyentuh hati..


*Dalam mengenang kisah hidup silam

Ku sedar dari kesilapan lalu

Tuhan beratnya dosa-dosaku

Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan dalam menempuh hidup ini

Banyaknya dugaan datang menguji

Tuhan ada yang dapatku gagahi

Dan ada yang gagalku hindari

Tuhan dosaku menggunung tinggi

Tapi taubatku takku tepati

Tuhan RahmatMu melangit luas

Terlalu sedikitku bersyukur

Kini ku kembali kepada MU

Mengharap Maghfirah dariMU

Mogakan terampunlah dosa-dosaku

Biarpun ujian melanda

Ku tetap berkasih padaMu

Kernaku yakin kasihMu

Kekal tiada sudahnya *


ini pula kata2 daripada seorang sahabat. indahkan?


*selangkah ke alam perjuangan, bererti selamanya dalam kepahitan

Biarla menangis, terluka, kecewa & ditinggalkan kerana Allah

Daripada mati terkambus tanpa mujahadah

Kita tidak sanggup selamanya terluka

Tp ingatlah..setiap titisan darah dari luka & airmata itulah mahar kita ke syurga

Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit?

Jawabnya kerana syurga itu manis..

Semoga dirimu sentiasa tabah dalam perjuangan di jalannNYA..*

Nasyid.fm