26 April 2009

P E S T A J U T A A N B U K U

Assalammualaikum..=D

Kesyukuran penh rahmat dari Allah swt di panjatkan..alhamdulilah sepanjang hari terisi dengan perkara kebaikan insyaAllah..semoga segala yang dilakukan hari ini, akan ditimbang oleh Allah dengan timbangan yang setimpal..mohon maaf sekiranya diri ini mengasari pertuturan dan ketegasan..tidak bermaksud langsung begitu..namun keadaan menyebabkan aie begitu..tak puas hati? Tak per.. aie mohon maaf ye ? tq

Alhamdulilah hari ini dapt juge mengisi keinginan hati mengunjungi pesta buku antarabangsa di PWTC. Setelah pulang dari melawat “site” tidak terduga hendak kesana. Dengan ketibaannya bersama2 dengan zai meredah lautan manusia kesana. Flow perjalanan : STAR SG BESI -> PWTC. Alhmdulilah Allah permudahkan perjalanan kami kesana.

Setibanya kesana jutaan manusia mengerumuni setiap gerai buku disana..ramai sangat ye la weekend ni merupakan minggu terakhir pesta buku..esok majlis penutupnya. So byk sekolah n mak ayah ambil peluang bawak anak2 kesana. Sebelum ni pesta buku dibuat masa tgh cuti sekolah so..kire mcm hari weekend tak la sesak sgt hehe..tp…sesak juge la..tp oleh kerana merindui membeli buku2 baru..ku redah jua walaupun dirintangi jutaan manusia hehe..bak kate adik muslimin tu “acara tahunan ye?” heehe..

apa yang menariknya pesta buku ini, byk buku2 yg baru terbit akan dijual dengan harga diskaun, selain tu boleh jumpe sendiri dengan penulisnya. Memang akan rambang mata la..nk elakkan bnda tu, sebelum kaki melangkah masuk kene aim beberapa buku sahaja utk dibeli, kalo tak mmg tak akan jd membeli sbb rase nk beli sume buku yg dibelik hehe..[tp kene bwk duit yg byk la baru bole beli sumekan? Tp akhir2 bulan ni terpakse la menghadkan pembelian hehe].

Selain tu dapat juge jumpe beberapa orang ‘ternama’ hari ini antaranya: A.Samad Said, Faizal Tehrani, Raihan & Pakar motivasi Prof Izzi. Jadi buku2 yang dapat beli : 2 Majalah Solusi terbitan Telaga Biru, Rindu Bau Pohon Tin- Ustaz Hasrizal, dan juga 3 buah buku model test PMR utk adik aie Dik Mok =D.

Semuanya dalam proses pembacaan..tak hbs lagi..insyaAllah if ader article yg menarik dalam buku2 ini nanti aie akan kongsikan ye..

Ape2 pun walaupun hari ni penat sedikit..namun gembira sbb dapat buat sesuatu yg disukai alhamdulilah. Thanx zaidah sbb temankan… sian dia, kene tolak2 dalam tren..[uuu da la tersalah tren, last2 masuk ktm yg kepadatan seperti ikan sardine Marina =p]

*semasa pulang terdetik di kepala..rakyat sekarang dah rajin membaca buku ye..penuh PWTC tu mcm2 manusia & peringkat umur ada. Tp hari ini tgk ramai muslimat yang bertudung labuh dan juge yg berpurdah datang. Alhmdulilah.. semoga dengan adanya pesta buku ini, minda rakyat terutamanya akan dibuka dengan minda yang lebih jelas, lebih berpengetahuan. Bukan minda yang sentiasa menerima dan tidak mengkaji kebenaran & kesahihan. Semoga satu hari nnti, rakyat Malaysia akan dapt “memilih” dengan lebih bijak.*

|Ilmu itu perlu dicari & digali, ilmu Allah itu melaut luas, tidak akan pernah kehabisan, ambil peluang & kesempatan, mengejar ilmu yang bermanfaat dunia & akhirat |


*antara panel dalam forum : A.Samad Said & Faisal Tehrani*

* ProF Izzi - "selamat beramal & renung2kan"*

*RAIHAN -promote Raihan Rangers*

*antara buku yang dibeli*

*antara buku yang dibeli*




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nasyid.fm