02 September 2009

Kerana Tudung - Syahid

Assalammualaikum..

salam pertengahan ramadhan..



alhmdulillah..sedar tak sedar kita sudah pun memasuki ke 10 ramdhan yang kedua. dan sudah cukupkah bekalan ibadah utk kita persembahkan kepadaNYa?? lihat jari..dan kirakan berapakah jumlahnya? byk atau sedikit..berbalik kepada amalan dan iman anda dan juga saya =D..



didalam kerancakkan kita memperbanyakkan amalan ibadah dibulan keberkatan ini.. saya tersentuh dengan berita kematian Dr. Marwa Al-Sherbini. siapakah beliau? seorang artis? seorang pemimpin negara? beliau adalah seorang muslimat yang mempertahankan isu Jilbab di Jerman semata-mata. Ditikam dan dibunuh dengan kejam DIDEPAN mahkamah di Jerman. walaupun peristiwa ini sudah bulan berlalu bulan lepas namun kisahnya cukup meruntunkan jiwa kita selaku umat islam diseluruh dunia.. AL-FATIHA buat Dr. Marwa Al-Sherbini..



KISAHNYA :



Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini (foto), yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !! Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro. Lelaki terbabit (jirannya) telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali !! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4 bulan...tragis bukan?

Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah...ini baru betul-betul tragis. Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya juga ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita. Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini. Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah"


kisah ini cukup utk buat kita semua terfikir mane pergi keadilan dunia yang diura-urakan..

peranan media antarabangsa juge cukup membuat kita umat islam leka dengan hiburan yang mereka pamerkan bukan kepada isu keadilan umat islam sejagat..


isu jilbab di negara eropah dan yang seantero dengannya...sudah byk yg kita dengar..dari pengharaman sehinggalah kepada pembunuhan muslimah yang mempertahankan hak mereka..

namun di M'sia?? lain bukan..rata2 ada yang masih lagi hanyut dengan dunia mereka sendiri..

syukur tiada sekatan mahupun halangan utk bertudung..tapi lain pula isunya..bertudung disebabkan fesyen terkini..takperla mungkin satu hari fesyen itu boleh membuka hidayah keatas hati mereka utk berubah dengan sungguh memakai tudung kerana tau hak dan kewajipan menutup aurat =D..

semoga sahabat2 muslimat mahupun saya sendiri sentiasa dikurniakan istaqamah dan kekuatan yg cukup kental seperti almarhum Dr. Marwa dalam penjagaan aurat dan Jilbab kita sendiri tak kira ape jua yang berlaku..insyaAllah..takbir!!! Allahuakbar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nasyid.fm