12 September 2009

Pengerak yang Bergerak dan yang Menggerakkan

Assalammualaikum..


Pengerak yang Menggerakkan vs penggerak yang Bergerak?


Aktiviti kita selaku dai'e insyaAllah sentiasa mencari mad'u utk kita sama menjalani proses pentarbiyahan dalam usaha menjalankan misi dakwah kita tak kira dimana dan tak kira apa jua method inputnya. Definisi utk yang menggerakkan dan yang bergerak merupakan satu term yang berbeza maksudnya. Yang menggerakkan pasti tahu kenapa dan mengapa mereka harus bergerak dan mengerakkan usaha dan tanggungjawab mereka tanpa dipaksa relakan. Namun yang bergelar pengerak yang bergerak...bagi saya satu definisi pengerak yang hanya mampu bergerak tatkala arahan dan seruan diberikan. Bilamana, tiada arahan sunyi sepi jadinya.. (perbetulkan saya jika terms kedua2nya berbeza dari pada pandangan sahabat2 semua). Bukan mahu menunding jari kepada sesiapa, ia juga merupakan satu muhasabah buat diri saya juga. Mmg betul bagi melahirkan pengerak yang Mengerakkan merupakan satu cabaran dalaman yang cukup kuat buat kita. Tak kira didalam platform mahupun diluar platform dakwah kita. Kita akan mula memberikan respon yang cukup kuat bilamana satu isu sensasi terwujud.

Contohnya seperti isu memboikot barangan israel. Rata2 yang saya lihat, sudah tidak endah dengan slogan MEMBOIKOT ini lagi. Bukan sahaja slogan namun tindakan dari pihak kita sendiri. Yang memahami terus istiqamah..yang kurang memahami kita boleh lihat sendiri. Produk2 mereka saban hari diwar2kan dimedia2 utama negara kita, semakin rancak dan hebat promosinya pula. Semoga kita semua sentiasa istiqamah bukan atas dasar "BOIKOT" sahaja, namun atas kepekaan keatas kezaliman yang dilakukan oleh musuh2 islam ini.

Teladannya buat kita aktivis dakwah dibumi UNITEN khususnya, didlam mnyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran bermula dari diri kita sendiri selaku pengerak yang mengerakkan bukan selaku pengerak yang hanya bergerak. Dan disamping bergerak secara berjemaah kita sendiri selaku individu dalam sesebuah organisasi merupakan komponen penting dalam menggerakkan motor dan generator organisasi jemaah kita supaya output yang dikeluarkan berjaya men'generate'kan sebuah organisasi yang tidak lagi ditertawa dan disindirkan oleh sesetengan pihak. Kita buktikan kita bukan sebuah organisasi seperti kapal yang bakal karam, namun bot kecil yang "kecil" namun mampu utk mengharungi dan membawa penumpangnya sampai ke destinasi meskipun bot kecil kita tidak terlalu mewah utk ditumpangi.

Namun bagaimana kita hendak menjadi pengerak yang menggerakkan??
Bagi pendapat saya, salah satu langkah terbaik adalah melalui dakwah fardhi. Ini adalah langkah asas dalam pembinaan generasi pelapis. Saya yakin, dengan fikrah dan tarbiah yg kita perolehi, seharusnya kita berupaya menampilkan sahsiah maknawiyah. Melalui sahsiah dan peribadi yg bersih insyaAllah memungkinkan kita mudah disenangi oleh mad'u kita.

Kita semua tahu dan membaca rukun Dakwah fardhi bermula dgn taaruf. Namun sejauh mana kita mengoperasikan teori yg hebat ini..Sedar tak sedar selepas kita hampir menamatkan pengajian kita di kampus, generasi pelapis dakwah & tarbiyah semakin mengecil.... mengapa? kerana usaha mengoperasikan dakwah fardhiah tidak berjalan dgn baik dan terancang..
Seperti yang sahabat2 semua ketahui antara 3 petua kejayaan seorang dai'e adalah :

1. Iman yg mendalam : kita proses dalam usrah2 mingguan dan pelbagai wasilah lagi seperti liqa', ziarah, tamrin dan lain2.

2. Perancangan yg rapi : bagaimana nak "grand designkan dakwah" di kampus perlu di rancang, dibincang dan dioperasikan. Sepatutnya kita manfaatkan para alumni2 yang sedia utk membantu usaha dakwah dikampus kita.

3. Usaha & amal yg berterusan : jgn merasa lemah jika kita sudah mengoperasikan dakwah fardhi dan sebagainya tapi takda sambutan atau tiada yg menyahut seruan. Bersabarlah kamu kerana sesungguhnya Allah mengira setiap amal yg kamu kerjakan. Mungkin kita boleh bermuhasabah dan lakukan bedah siasat keatas operasi sistem dakwah kita, adakah sudah dirancng dan disusun dengan baik? takut2 graf berusaha pun jadi tidak tidak menentu, macam biskut kejap ada kejap takda. =D

Dalam mana usaha kita utk mencapai tahap kejayaan kita selaku seorang dai'e, mehnah dan tribulasi pasti ada datang menjenguk. Kadang2 kita rasa nk buat dakwah fardhiah ni ikut musim dan masanya sahaja. Adakalanya, lama menyepi..tiba2 menyenggulkan diri. Saya akui kadang2 sikap begini ada dalam diri saya sendiri.dan antara penyebab lainnya juga mengapa sukar nk buat dakwah fardhi ini seperti :

1. Tak ada hati/perasaan nak buat - macam2 alasan diberikan, tak bersedia, tak mampu, tak pandai, tak reri, takda sahabat/bh kat sini, dan....

2. Tidak memiliki jiwa da'ie. Ya, hanya sang dai'e yg ikhlas, memahami simpang siur dan cabaran dakwah, konsisten dgn tarbiah, memahami sirah Rasulullah saw dan para sahabat, memahami apa erti menjadi da'ie, insyaAllah dia akan tabah dlm menjalankan kerja2 dakwah.

3. Tiada grand design dakwah kampus

4. Tiada kemahiran dakwah fardhi & pengurusan halaqah berkesan.

5. Ada lagi jahiliah2 yg melekat di hati. Astagfirullah.

6. Tiada kordinasi / komunikasi antara penggerak kampus dgn alumni. (saya rasa)

7. Tidak bijak mengurus masa.

8. Sibuk

9. Tidak konsisten dgn tarbiah

10. Tidak jaga hubungan dgn Allah - tidak meningkat iman, solatullail kurang, doa kurang dll.

Segala pesanan2 diatas adalah utk peringatan buat diri saya juga. Kerna saya juga masih membina motivasi utk terus menjalnkan misi dakwah fardhiah. Tegurla saya jika saya sendiri tidak menjalankan misi ini kerna saya juga sentiasa leka dan alpha. dan yang pastinya..jom!! sama2 kita polish skill dakwah fardiah kita dan upgradekan lagi usaha kita. Dan bagi saya dakwah fardhiah ini bukan sahaja utk diaplikasikan utk mad'u diluar organisasi kita sahaja, namun dikalangan ahli kita sendiri juga perlu utk kita bersama antara satu sama lain menjalankan misi "dakwah fardhiah" tetapi versi yang berbeda sedikit. Ini kerana, kadang2 kita sibuk menjalankan misi dakwah fardhi diluar, tapi sahabat2 dikalangan kita? ramai tapi kurang berqualiti,dek kerana kurangnya kefahaman "kasih sayang dan ukhuwah" (betul ke?). =D

InsyaAllah..semoga kita menjadi PENGERAK YANG MENGGERAKKAN bukan lagi PENGERAK YANG hanya BERGERAK


"Orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat jahat."
~ Surah At-Taubah : 71 ~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nasyid.fm