07 April 2010

Apalah yang seronoknya berada dalam jemaah


“Apa yang seronoknya berada dalam jemaah ni?”

“Apa la yang saya dapat kalau saya berada dalam jemaah?”

“Dapat sijil ke masuk2 ni?”

“Sushlah nk bebas…terkongkong dengan satu system ‘baik’. Semuanya perlu nampak baik sahaja”

“Xboleh2…saya bukan orang baik2..”

“Let me focus on my study first!!”

Semua persoalan ini akan bermain difikiran kita..jika kita sendiri tidak memahami kenapa dan perlu kita berada didalam sesebuah organisasi. Saya akui, pada permulaan utk kita bertindak masuk kedalam sesebuah organisasi pasti kita mahukan “apa yang akan saya dapat” “ada sijil tak nanti” ada ini atau ini tak etc..

Saya menilai diri..apa sebenarnya yang saya cari dalam jemaah ini…berfikir panjang membuatkan saya melekakan diri dari apa sebenarnya yang saya mahukan dalam kehidupan berjemaah daripada bertindak membantu organisasi sendiri.

“saya masuk sebab saya mahu memperbetulkan diri saya menjadi yg lebih baik”

“saya pula..sebab kakak tu mcm baik je..saya nk jd mcm dia lah!!”

“erm…y not I try? benda ni kan benda yg baik..bukannya meke suh buat jahat punkan?”

“saya telah ditarbiyah sejak kecil lagi..jadi saya perlu meneruskan pertarbiyahan ini”

“saya mahu utk mendapatkan ilmu agama agar dapat membantu saya menyelesaikan masalah saya ini”

Banyak lagi kenyataan2 saya masuk sebab “…..”

Dan acapkali juga banyak juga kenyataan2 saya mahu berhenti sebentar sebab “……”

Saya berfikir..jikalah satu iklan jawatan kosong utk kemasukan sebagai ahli organisasi di iklankan dan gaji yang ditawarkan adalah sebuah perjuangan dan pengorbanan…agak2nya berapa peratus yang akan menawarkan diri utk memenuhi kekosong tersebut ye?

Ia harga sebuah spiritual, keikhlasan dan juga kebenaran yg hak dan yang batil yang kekal..bukanlah harga sebuah keseronokan dan kegembiraan yang sementara. Harga sebuah pengorbanan, perjuangan dan kejayaan yang tidak boleh dibeli dengan harga sebuah material mahupun dengan rasa kebahagiaan dan keseronokan yang kita kejari didunia ini. Ia harga sebuah perjuangan yang dirantai dengan mata2 ukhuwah dan kebenaran yang disusuri daripada perjuangan Rasulluah s.a.w dan para sahabat baginda.

Biar siapa pun kita, biar apa pun yang membentuk kita, biar bagaimana pun tindakan kita, biar apapun sikap kita, biar apapun tanggapan kita, biar apa pun tanggapan orang terhadap kita, biar apa pun masalah kita, biar apa pun yang melanda kita, biar apa pun yang membelenggu kita.. kita ada yang ESA…utk kita sentiasa memohon petunjuk juga kita ada hak utk kita sentiasa dekat memohon dari NYA. Hak seorang hamba yang kerdil, hak pejuang agama Allah, hak seorang dai’e juga hak kita yang berhak bukan hak yang tidak meletakkan hak tersebut keatas hak yang hak.

Perjuangan menyebarkan agama Allah perlu dan menjadi wajib utk kita laksanakan dan teruskan. Seperti yang telah dimeterai diatas baiah kita selaku seorang muslim diatas kalimah syahadah. Amar ma’ruf nahi mungkar!!

“saya tak fahamlah adik tu..sekejp dia ok sekejap tak sekejap dia cool..sekejap beremosi”

“em..Ya Allah kenapa la sush sangat nk tegur sahabat aku ni tutup aurat dengan betul”

“ea…tengok cara dia berpakaian..pergaulan…tak leh masuk senarai difardhi ni..cari yang baik2 sikit la senang sikit nk ckp”

“usrah dah seminggu tak dtg ni..msg tak reply..call tak angkat, ym tak respone..fb distatus n msg pun tak berjawab”

Perjalanan seorang dai’e penuh dengan mehnah dan tribulasi. Tak akan beranjak dari diari kehidupan seorang penyampai kebenaran. Dan setiap perkara kebaikan itu terasa sangat berat utk kita laksanakan kerana ia satu perkara membina kebaikan utk jangka masa yang panjang. Kerana kita manusia yang bersifat mahukan kebaikan utk jangka masa yang singkat sahaja, lupa utk menilai kebaikan utk satu jangka masa sehingga kesyurga.

Saya teringat satu ayat “ jika kita rasa berat sangat nk buat sesuatu perkara kebaikan itu, maka teruskanlah kerana yang berat itu lah yang sebenarnya perlu kita laksanakan dan sempurnakan”

“jom ziarah!! Dah lame tak buat lawatan tergempar ni”

“dik..petang ni kita makan sama2 nak? Akk belanje!”

“ea jom maen futsal hari”

“nk beli hadiah kat onestop la…special present utk adik usrah..klip bunga pun jadilah”

Biarmana kecil pun usaha yang kita lakukan, Allah tetap akan menilai ia sebagai satu usaha utk mendekat hambaNya kepada nilai kebenaran. Dia tidak melihat sejauhmana output yang kita hasilkan, namun nilai input itu lah yang sangat berharga disisiNya sebenarnya. Kita bukanlah pemberi hidayah, menilai kelayakan seseorang mad’u utk difardhikan tentang islam dan kebenaran, namun kita hanyalah hambaNya yang menjalankan tanggungjawab muslim kita. Namun satu kelebihan buat kita, jika usaha yang kita lakukan menjadi saluran hidayah dari Allah swt kepada orang difardhi. SubhanaAllah..

Saya bukanlah seorang penyampai dan dai’e yang terbaik, dan saya menulis ini bukan dasarnya saya punyai pengalaman yang terbanyak dan terbaik juga, namun saya juga masih dalam proses belajar dan mencuba kerana saya tidak mempunyai kekuatan seperti sahabat2 yang lain menyampaikan mengikut cara mereka yang tersendiri, sesungguhnya saya belajar dari pemerhatian saya terhadap cara mereka memfardhi..cantik..penuh hikmah dan ukhuwah. Sesunggunya pengajaran dan pengalaman yg Allah aturkan berada disekeliling kita, rugi rasanya melepaskan ni’mat tersebut jika kita tidak sedari. Semoga kita sentiasa berada dilandasan kebenaran..tegurla saya jika saya beraksi selaku orang yang lupa diri tentang tanggungjawab memfardhi dan menyampaikan.

Akhiran..terlalu indah sebenarnya hidup berjemaah!! Terlalu indah utk didifinasikan dengan kamus bergerak mahupun oxford wordpower. Hidup berjemaah mengajar erti keseluruhan kehidupan, daripada erti hidup pada memberi kepada erti kehidupan didunia membawa keakhirat. Saya tak nafikan, terlalu banyak luka dihati dan luar hati kalau nk dikira berada didalam organisasi berjemaah, namun saya sedar ia satu pentarbiyahan yang tidak akan boleh digarap dimana2 institusi mahupun dimana2 saluran pun. Makanya apabila kita kenal, kita faham pasti akan hadir rasa cinta dan sayang yang tidak berbelah bagi. Waallahualam..


3 ulasan:

  1. Salam kak...
    nice post kak
    good2..=D
    boleh bg semua ahli bc.terkesan.

    "Ya Allah, Engkau yg membalik-balikkan hati hamba-hamba mu, istiqomah dan tetapkanlah hati ini dlm perjuangan AgamaMu ini"Amin, amin Ya Rabbal Al-amin.
    =D

    BalasPadam
  2. salam dik...

    syukran..
    insyaAllah..semoga mereka sudi membaca..=D

    amin...

    BalasPadam
  3. Salam..
    Good Entri.
    Nak seribu daya, tak nak seribu alasan (betui ke?)

    BalasPadam

Nasyid.fm