29 Oktober 2010

Kedua di Galas

Alhamdulillah hari kedua di Medan Galas..

Melihat kekuatan dan strategi gerak kerja sahabat2 muslimat Kelantan..sudah cukup menaikkan semangat saya..cukup hanya saya mendengar perbincangan mereka membuatkan saya tertanya adakah ini kekuatan yang Allah hadirkan buat mereka MUSLIMAT untuk melaksanakan begitu banyak perancangan dan strategi demi untuk kemenangan ISLAM insyaAllah..
Bermula dengan perancangan daftar pengundi sehinggalah ke isu ruang perut masing-masing memberikan kerjasama yang 100% luarbiasa saya kira. Masing-masing berperanan meskipun memainkan peranan tukang dapur

Meskipun kami seringkali di perhatikan secara rambang oleh 'mata-mata kilauan' mahupun dihantarkan bangkai2 ikan yang sudah hampir dimamah ulat juga baunya yang cukup 'mengharum' halaman rumah..namun ia tidak pernah mematahkan semangat malah semakin ligat melaksanakan amanah menegakkan Daulah Islamiah.

Dan sesungguhnya hari ini Allah ajarkan saya tentang nilai perjuangan yang bukan didasari dengan wang juga kekayaan, bukan juga kuasa juga pangkat..bukan juga populariti ruang iklan..namun hari ini saya pelajari dan saya refleksi bahawa perjuangan ini penuh dengan nilai kasih sayang dan pengorbanan juga manisnya buah ukhuwah persahabatan yang bertali dan bertunjangkan kearah Redha juga kasih sayang Allah.

Sesungguhnya saya sentiasa merindui untuk BERJEMAAH!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nasyid.fm