27 Mac 2010

GST *Untung/Rugi*

Apa yang anda tahu tentang isu GST??

bilamana sahabat serumah bertanya, apa ya isu semasa negara sekarang? (terus bertanya kerana mahu membuat persediaan 'interview' pada minggu hadapan, sedangkan berbicara hal serius jarang sekali antara kami =D). saya terus teringat mengenai isu GST yang saya dengar kira2 sebulan yang lepas..

Semasa saya menghadiri kuliah subuh di Surau An-Nur yang disampaikan oleh penceramah jemputan senator Mumtaz Mohd Nawi. Beliau ada mengatakan tentang isu GST ini, beliau menyatakan betapa perlunya kita memandang isu ini sebagai yg BERAT ! beliau memohon utk kita war2kan mengenai GST ini kerana saya yakin ramai juga masih kosong tentang isu ini. Saya juga begitu pada kali pertama mendengarnya, seolah2 saya harus utk memasukkan minda engineering ke arah minda ahli ekonomi galaknya. saya fikir apakah tersirat disebalik isu Goods & Services Tax (GST) ini, adakah ia satu agenda membawa kepada keuntungan ataupun kearah kerugian kepada negara mahupun rakyat khususnya. bagaimana rakyat mahu bersiap sedia menghadapinya?


~SENATOR MUMTAZ~

saya sertakan serba ringkas drp blog sahabat saya http://palestinhood.blogspot.com/2010/03/gst-untung-rugi.html mengenai apakah GST ini sebenarnya :


1) Dikenali sebagai cukai kepenggunaan yg mempunyai asas yg luas. Ini bermakna semua warganegara terlibat atas dasar semua warganegara adalah pengguna.

2) Cukai ini adalah biased terhadap pengguna berbanding pengeluar yg memiliki modal dan kekayaan. Atas dasar inilah juga cukai ini dilihat lebih berbentuk regresif dan tidak progresif. - cukai progresif: semakin tinggi pendapatan individu, semakin tinggi kadar cukainya.
- cukai regresif: secara puratanya rakyat miskin memikul beban cukai yg lebih berat berbanding mereka yg kaya.

3) GST juga dikenakan ke atas barangan keperluan asasi seperti beras, air, elektrik dan sebagainya. In bermakna kelompok masyarakat yg miskin dikenakan cukai GST kerana mereka adalah pengguna barangan tersebut (GST mengenakan cukai kepada barangan asas). Tiada sebarang pengecualian cukai GST walaupun untuk golongan yg berpendapatan rendah.

4) Berdasarkan pengalaman Australia, kesan segera dari pelaksanaan GST ialah meningkatnya harga hartanah khususnya rumah sebanyak 8%.

5) Berdasarkan pengalaman Singapura, GST diperkenalkan untuk melebarkan asas cukai disebabkan peratusan mereka yg tua makin meningkat, sekaligus mereka tidal lagi produktif. Apakah peratusan mereka yg tua juga meningkat di Malaysia? Sudah semestinya ia tidak setinggi di Singapura. - Tujuan Singapura perkenalkan: Rakyat tidak akan berbelanja sekaligus menyimpan dan simpanan yg tinggi boleh digunakan utk tujuan pelaburan. Rakyat akan mendisiplinkan diri mereka utk tidak berbelanja secara berlebihan. - Saranan ini bercanggah dgn asas dan falsafah kapitalisme itu sendiri yg bergerak diatas prinsip permintaan (terhadap barangan dan perkhidmatan) dan penawaran.

6) Juga dikenali sebagai cukai tidak langsung (indirect tax)... Ini juga bermakna rakyat dikenakan cukai dari pelbagai sudut tanpa disedari yangmana akan menyebabkan kesejahteraan rakyat akan terhakis.

7) GST = 'Reformasi' cukai yang secara sistematis dan exhaustif (mennyeluruh) menghapuskan elemen subsidi. Sudah dimulai dengan petrol dan gula.

8) GST = Sekiranya dilaksanakan dalam keadaan pertumbuhan ekonomi kurang dari 5% setahun, kesannya amat parah dan bersifat struktural.

itu lah serba sedikit info mengenai GST, sahabat2 boleh menyusul mencari apakah GST yg sebenarnya.


*dan saya mula terfikir, saya bukanlah ahli 'engineering' jika saya tidak mahu ambil tahu tentang hal2 ahli yang lain* =D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nasyid.fm