28 Mac 2010

Asam Pedas



Di musim kegetiran peperiksaan ni..selera saya terlalu merindukan asam pedas ibu saya. lama benar tidak merasa, sehinggakan dua hari berturut2 saya menjadikan asam pedas 'kedai' pilihan menu tengahari saya. Dan kesannya saya mengalami kesakitan perut sepanjang malam sehinggalah ketengahari peperiksaan saya hari ini, apa lg study 'ketiduran' la saya akibat tidak tertahan menusuk2 dan mengasak2 perut saya, dalam hati bermadah bahawa saya perlu mengurangkan pengambilan makanan yang pedas lagi bercili (adey...boleh/tak?). terima kasih to cik lala sebab suruh saya makan sebelum ke dewan periksa =D. Tambah bersemangat melangkah kedewan periksa (ngeh3 kali ni saya puji tau!!)..walau hati gundah, takut2 formula yang hanya sempat dibelek2 tidak dihafal, keluar pula didalam soalan dan bertambah berpeluh jika perut ini merintih2 kesakitan ketika didlam dewan. Tapi alhamdulillah, tidak juga kelihatan bayangan soalan formula yang tidak dihafal itu dan Allah menahan perut saya dari terus bergelutan semasa menjawab soklan peperiksaan. Terima kasih Ya Allah =D

Galaknya asam pedas, tiap kali saya menelefon ibu, pasti menu pilihan masakan menjadi soalan utama perbualan. dan apabila "ASAM PEDAS" yang dibicarakan pasti saya rasa mahu pulang saat itu juga. Namun apakan daya rumah saya 'tersangat jauh' lagikan mahu menempah tiket dan pelbagai. ibu saya selalu pesan, "apa lagi masaklah.." uuuu...tersangat besar harapan ibu saya utk saya mencuba memasak asam pedas sehebat ibu. tapi tak per, saya cuba juga utk menjadikan harapan ibunda tercinta menjadi kenyataan..Ok jom masak after presentation!!!
  1. ayam masak asam pedas
  2. spaghetti
  3. popia goreng
  4. .....

jadinya.. semasa musim2 peperiksaan ini (walapun ada yg da habs, takper2 akan datang), marilah sama2 kita menjaga kesihatan dan pemakanan, jangan jadikan ia sebagai asbab utk kita tidak dapat fokus belajar mahupun ketika menjawab soalan peperiksaan.

Rasullullah S.A.W bersabda dari Abu Hurairau r.a :

“Sesungguhnya Allah baik, tidak menerima kecuali hal-hal yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mu’min sebagaimana yang diperintahkan kepada para rasul, Allah berfirman : “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.


2 ulasan:

  1. asam pedas memang sedap pun...feveret tuh...hehe

    BalasPadam
  2. well..hakim..nk2 asam pedas melaka mmg sedap kan3? hehe

    BalasPadam

Nasyid.fm